oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
RMT untuk murid dan pelajar memerlukan. Arkib NSTP.
KEMENTERIAN Pendidikan menasihati mana-mana keluarga yang anak mereka tidak layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tetapi merasakan tidak mampu atas alasan tertentu supaya mengemukakan rayuan di sekolah masing-masing.
Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, Jawatankuasa RMT akan memberi pertimbangan khas terhadap rayuan yang dikemukakan oleh ibu bapa atau penjaga murid berkenaan.
RMT adalah untuk murid sekolah rendah terutama dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.
Kenyataan itu menyebut ada kemungkinan sesetengah murid tidak menerima bantuan berkenaan tahun ini disebabkan perubahan dalam pendapatan ibu bapa atau penjaga masing-masing.
“Kementerian sentiasa bersedia menghulurkan sokongan kepada murid-murid yang benar-benar memerlukan bantuan termasuk bantuan RMT, ” menurut kenyataan itu.
Menurut kementerian itu, syarat pertimbangan untuk bantuan RMT bagi 2019 masih sama dengan syarat yang digunakan sejak 2014.
Mengenai rungutan seorang ibu bapa dari Johor bahawa anak mereka tidak mendapat bantuan RMT kerana program terbabit dihentikan untuk sesi 2019 seperti tular di media sosial, kementerian berkata, pihaknya sudah meminta Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan pengurusan sekolah murid itu untuk meneliti kes tersebut.
Sebelum ini, tular di media sosial bahawa RMT dihentikan tahun ini dengan penyebaran gambar sepucuk surat yang memaklumkan perkara berkenan.
sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/419063/boleh-rayu-jika-rasa-layak
.
![]()
Kadar & Peruntukan
Tempoh pelaksanaan RMT adalah tidak melebihi 190 hari persekolahan dengan peruntukan sebanyak RM2.50 bagi seorang murid sehari di Semenanjung Malaysia dan RM3.00 bagi seorang murid sehari di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (bermula tahun 2015). Program RMT akan bermula pada hari pertama persekolahan bagi murid tahun 2 hingga tahun 6. Bagi murid Tahun 1 dan murid cicir, RMT akan diberikan bermula hari pertama persekolahan bagi bulan Februari tahun semasa.
Strategi Perlaksanaan
Bermula pada tahun 2016, dua bahagian KPM terlibat secara langsung dalam pelaksanaan RMT di sekolah iaitu Bahagian Kewangan yang menjalankan fungsi sebagai pengawal peruntukan dan perbelanjaan manakala Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang melaksanakan fungsi sebagai pengurus pengoperasian program di peringkat JPN, PPD/PPW dan sekolah.
Jawatankuasa Bantuan Murid ditubuhkan di peringkat KPM bagi merancang, melaksana, memantau dan menambahbaik pelaksanaan program ini dari semasa ke semasa. Di peringkat JPN dan PPD/PPW, seorang pegawai dilantik sebagai penyelia kebajikan bagi membantu pengoperasian dan sebagai penghubung antara pihak KPM dengan sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program RMT. Di peringkat sekolah pula, Jawatankuasa Bantuan Murid dipengerusikan oleh Guru Besar dan pelaksanaan RMT diuruskan oleh guru yang dilantik sebagai Guru Penyelaras RMT.
Buku Panduan Pengurusan RMT telah diwujudkan untuk diedarkan kepada semua sekolah yang terlibat dan mula berkuatkuasa pada tahun 2017. Buku Panduan ini mengandungi Standard Prosedur Pengoperasian yang meliputi keseluruhan proses yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2/2016.
Pemantauan pengurusan dan pelaksanaan program RMT dilaksanakan di semua peringkat pelaksana. Pemantauan adalah bertujuan mengenalpasti proses-proses yang boleh ditambahbaik secara berterusan. Penekanan diberi kepada pengurusan kewangan program, proses penilaian permohonan (data) dan keakuran pembekal makanan terhadap dokumen perjanjian.
Kajian juga dilaksanakan terhadap program RMT ini bagi melihat keberhasilan program dan melihat nilai terhadap wang yang dibelanjakan. Selain itu kajian-kajian juga perlu dilaksanakan bagi memastikan menu yang ditetapkan dan kadar yang diberikan sentiasa relevan dengan perubahan semasa.
Sumber https://www.moe.gov.my/index.php/my/bantuan-pembelajaran/rancangan-makanan-tambahan-rmt