demise_u
Super Active Member
- Messages
- 6,049
- Joined
- May 11, 2008
- Messages
- 6,049
- Reaction score
- 101
- Points
- 73
PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan RM79 juta tahun ini bagi menyelaraskan harga barangan perlu di kawasan bandar dan luar bandar yang kebanyakannya di Sabah dan Sarawak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu dibuat bagi memastikan tiada perbezaan harga barangan perlu antara kawasan bandar dan luar bandar. Katanya, setakat ini 30 peratus kawasan luar bandar itu telah diselaraskan dan ia akan diperluaskan sehingga 80 peratus pada akhir tahun depan. "Kita bayar dari segi pengangkutan dari bandar ke kawasan pedalaman, jadi mereka (peniaga) tak ada alasan nak naikkan harga kerana caj pengangkutan.
"Katakan gula di (kawasan bandar) Sabah dan Sarawak berharga RM2, kalau dulu di kawasan pedalaman (negeri itu) harga gula boleh naik sampai RM2.50, sampai RM3 pun ada. Dengan program ini kita dapat menyamakan harga di bandar dan di luar bandar.
"Jika semua harga barangan perlu kawasan luar bandar telah diselaraskan, kerajaan juga melihat kemungkinan untuk menyelaraskan harga barangan perlu antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya, di Presint 2 di sini hari ini.
Mengenai program anjuran kementerian yang diadakan buat kali kedua itu, Ismail Sabri berkata program lima hari itu disertai 69 syarikat dengan 245 gerai yang menjual pelbagai barang keperluan pengguna seperti pakaian, tudung, aksesori, perabot dan hiasan rumah.
"Walaupun kita buat program ini untuk memberikan kemudahan kepada pengguna tapi dalam masa yang sama saya menyeru mereka supaya berhemah dalam berbelanja," katanya.
Ismail Sabri berkata kementerian akan sentiasa memantau jualan murah yang diadakan sempena musim perayaan ini bagi memastikan tidak berlaku penipuan dari segi harga.
Beliau meminta kerjasama orang ramai untuk membuat aduan kepada kementerian jika mendapati berlaku penipuan dari segi harga oleh penjual terutama dalam kempen jualan murah.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata harga kawalan ayam akan diumum dalam masa terdekat bagi membolehkan harga siling ayam dikawal sepanjang musim perayaan ini. - BERNAMA