BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM500 jika keluarga ada lima anak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg

PELAJAR merupakan golongan bertuah kerana sentiasa mendapat perhatian kerajaan. – Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Kira-kira 6.6 juta pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta di negara ini akan mendapat habuan wang tunai berjumlah RM790 juta bermula sesi persekolahan tahun depan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM530 juta diperuntukkan kepada 5.3 juta pelajar sekolah dari tingkatan satu hingga lima yang akan menerima bantuan RM100 manakala sebanyak RM260 juta diperuntukkan untuk baucar buku bagi pelajar universiti.

Bantuan kewangan secara tunai itu yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat kelmarin turut melibatkan pemansuhan yuran tahunan bagi sekolah rendah sebanyak RM23.50 dan yuran sekolah menengah RM33.50 yang kesemuanya berjumlah RM150 juta.

Yang pasti, perkhabaran paling gembira buat ibu bapa ialah apabila kerajaan bersetuju memberikan wang tunai RM100 bagi setiap anak yang bersekolah dari darjah satu hingga tingkatan lima.

Ini bermakna jika sebuah keluarga mempunyai lima orang anak bersekolah, keluarga tersebut akan mendapat RM500.
 
Last edited:
untung la mereka..
jgn salah guna sudah la..
 
kita tengok perlaksanaan die camner nanti... adakah semua akan dapat atau orang2 tertentu jer dapat... ketirisan dalam perjalanan tu pulak berapa banyak...
 
kita tengok perlaksanaan die camner nanti... adakah semua akan dapat atau orang2 tertentu jer dapat... ketirisan dalam perjalanan tu pulak berapa banyak...

betul tu bro..kita tunggu n tengok mcm mane:D
 
Adakah bantuan ini berterusan untuk tahun2 seterusnya atau pun untuk tahun 2012 aje?
 
katanya ada pilihan... sama ada nak ambil @ tak kpd yang berkemampuan...

agak kalau tak ambil duit tu p mana ya....
 
Back
Top
Log in Register