BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM40,000 lesap sekelip mata

abang mamak

Fun Poster
Messages
726
Joined
May 6, 2010
Messages
726
Reaction score
11
Points
15
PORT DICKSON – Sengaja mengundang padah apabila tindakan seorang wanita berumur 37 tahun meninggalkan RM40,000 dalam kereta, menyebabkan dia terpaksa berputih mata apabila kenderaannya dipecah masuk jam 11 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Baljeet Singh berkata, wanita terbabit yang bekerja di sebuah syarikat menjual kenderaan bersama rakan lelaki berumur 30-an baru selesai membuat pengeluaran wang di sebuah bank di sini dan menuju ke satu lagi bank di Jalan Bendahara bagi urusan sama.

“Wanita berkenaan meninggalkan wang yang banyak dengan hanya dibungkus menggunakan plastik biasa dan disorokkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

“Tingkap bahagian penumpang hadapan kereta Proton Persona mangsa dipecahkan suspek sebelum wang itu dibawa lari, namun barang lain tidak dicuri,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya, semalam.
 
ada orng dah usha la ni masa kat bank lg
 
duit tu berbau tau. nanti hilang menangis tak erlagu la jawabnye...
 
peh aku dulu pun buat camtu gak..nasib tak kena..tapi bawa kete macam ribut r..hehe baru takde org blh folow ;p
 
aku rasa bopren dia punya kaki ni... :).....macammana leh tau duit tu ada bawah seat?...bender lain dia tak usik lak..
 
boleh kesan pakai wave kot duit ni.......
 
bahayo2...aku pnh kuar duit kat bank paling tggi 8k je..heehhe..trus masuk dlm posh beg..hiihi
 
Back
Top
Log in Register