eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUANTAN: Taktik licik satu sindiket ‘kaki temberang’ menyamar Pegawai Bank Negara dengan meminta butiran akaun bank mangsa konon mahu melakukan semakan berjaya memperdaya seorang mekanik dua hari berturut-turut untuk menyerahkan wang membabitkan kerugian RM23,990.
Modus operandi kumpulan itu mudah iaitu dengan hanya menghubungi mangsa dan memaklumkan perlu menyelesaikan masalah berhubung kad kredit segera jika tidak mahu dikenakan tindakan mahkamah.
Mangsa yang kebingungan akan diminta berhubung dengan pegawai bank pusat itu untuk mengetahui butiran lanjut mengenai perkara dinyatakan.
Bimbang konon dikenakan tindakan mahkamah, mangsa yang ketakutan menghubungi ‘pegawai’ berkenaan dan diminta menyerahkan maklumat akaun bank seperti nombor akaun, nombor pin kad mesin juruwang automatik (ATM) dan nombor kad kredit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Zaini Jass, berkata dalam kejadian pertama 2 September lalu, mangsa seorang lelaki berusia 30-an dari Raub menerima panggilan pegawai berkenaan untuk menyelesaikan masalah berhubung kad kreditnya.
“Mangsa ketika itu berada di tempat kerja dihubungi seorang lelaki kira-kira jam 4 petang sebelum bergegas ke sebuah bank berhampiran bagi menyelesaikan perkara dinyatakan,” katanya.
Katanya, mangsa menerima arahan daripada pegawai berkenaan hanya melalui telefon bimbit supaya pergi ke mesin juruwang automatik (ATM) dipercayai untuk melakukan transaksi pemindahan wang.
“Mangsa hanya mengikut arahan memindahkan wang berjumlah RM4,994 dengan mudah ke dalam akaun suspek,” katanya.
Beliau berkata, pada keesokan hari mangsa sekali lagi dihubungi pegawai sama ketika berada di rumahnya di Raub kira-kira jam 9.30 pagi.
Katanya, kali ini, ‘pegawai’ berkenaan meminta segala butiran akaun bank, kad kredit dan nombor pin kad ATM mangsa sebelum mengarahkannya memindahkan sejumlah wang dari satu akaun bank ke akaun lain milik mangsa.
“Mangsa hanya menuruti segala arahan tanpa banyak soal dan memindahkan sejumlah wang kepunyaannya dari sebuah akaun bank ke akaun bank lain sebelum memasukkan sejumlah RM18,996 ke dalam akaun suspek di sebuah bank lain,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Katanya, mangsa yang pulang ke rumah selepas itu berasakan sesuatu tidak kena dengan tindakannya yang menurut segala arahan pegawai terbabit akhirnya membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Menurutnya, polis kini sedang memburu suspek terbabit yang dipercayai sudah memperdaya 13 mangsa sejak Jun lalu menggunakan modus operandi sama seperti dilaporkan.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.