eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SUNGAI BULUH 14 Mei - Peruntukan sebanyak RM200,000 setahun diberikan kepada setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya umum lepas bagi melaksanakan program berbentuk mesra rakyat dan menambah baik infrastruktur.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Mohamad Bushro Mat Johor berkata, peruntukan tersebut diberikan oleh Kerajaan Pusat bagi meneruskan kesinambungan pembangunan bagi manfaat rakyat.
Menurutnya, walaupun BN di negeri Selangor kini menjadi pembangkang, namun usaha-usaha pembangunan di kawasan yang telah ditawan masih lagi dilaksanakan.
Tambahnya, Kerajaan Pusat tidak akan mengabaikan mana-mana kawasan yang dimenangi oleh BN malah akan membantu sedaya yang mungkin bagi memberi yang terbaik kepada rakyat.
"Walaupun BN bukan lagi menjadi kerajaan negeri, namun saya tetap menjadi wakil rakyat di sini dan segala pembangunan yang dirancang akan dilaksanakan seperti biasa.
"Saya harap penduduk tidak perlu bimbang mereka akan dipinggirkan memandangkan Kerajaan Pusat telah memberi peruntukan yang besar bagi membantu penduduk di bawah pentadbirannya," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang dan Sambutan Hari Guru di Dewan MBSA, Paya Jaras di sini baru-baru ini.
Pada majlis itu, sebanyak 165 pelajar cemerlang yang menduduki Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Penilaian Menengah (SPM) menerima hadiah wang tunai dan sijil.
Mohamad Bushro turut mengulas pemberian bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada pelajar-pelajar yang berpeluang memasuki universiti oleh kerajaan negeri.
Menurutnya, pemberian tersebut diterima baik dan perkara itu sememangnya amat digalakkan.
"Saya amat gembira apabila kerajaan negeri mengumumkan perkara tersebut kerana ia dapat membantu golongan berpendapatan rendah.
"Bagi saya, apa sahaja tindakan yang memberi manfaat kepada masyarakat, saya akan tetap menyokong sepenuhnya dan sudi bekerjasama dengan mereka sekiranya ia untuk kebaikan semua," jelasnya.
LEPAS TU KATA PEMBANGKANG TAK BOLEH BAWA PEMBANGUNAN SEDANGKAN ITU DUIT HASIL CUKAI RAKYAT TERMASUK YANG SOKONG PEMBANGKANG...BUKAN DUIT BAPAK TIRI LAKI MAK HANG LA...
WALAU MACAM MANA PUN AKU TETAP DENGAN SIGGY AKU