The Maut
Super Active Member
- Messages
- 8,335
- Joined
- Jul 19, 2019
- Messages
- 8,335
- Reaction score
- 175
- Points
- 83
KERAJAAN mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bernilai RM20 bilion bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan wabak Covid-19 dapat ditangani dengan berkesan.
Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan juga akan melaksanakan beberapa strategi dan rancangan bagi memastikan ekonomi negara di landasan yang mampan.
Pakej rangsangan ini ditunjangi tiga strategi iaitu menangani impak Covid-19; memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan berkualiti.
- Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 diperkenal bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan penyakit COVID-19 dapat ditangani dengan berkesan.
- Pakej rangsangan ekonomi bernilai RM20 bilion itu ditunjangi tiga strategi iaitu Menangani Impak COVID-19; Memangkin Pertumbuhan Berteraskan Rakyat; dan Menggalakkan Pelaburan Berkualiti.
- Tiga langkah pendekatan dalam strategi pertama iaitu memudahkan aliran tunai bagi perniagaan yang terkesan; bantuan kepada individu yang terjejas; dan merangsang permintaan dalam industri pelancongan.
- Kerajaan akan memberikan RM600 secara sekali bayar kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong serta penarik beca yang berdaftar.
- Elaun khas kepada petugas awam barisan hadapan COVID-19 iaitu RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan dan RM200 kepada kakitangan imigresen serta kakitangan lain yang terlibat. Bantuan elaun khas ini berkuatkuasa pada Februari 2020 hingga wabak berakhir.
- Kerajaan akan menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi memastikan wabak COVID-19 dapat diuruskan dengan baik dan terkawal.
- Kerajaan akan menawarkan potongan berganda kepada perbelanjaan ke atas latihan bagi sektor pelancongan.
- Menyediakan RM100 juta geran padanan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) untuk membiayai tambahan 40,000 pekerja daripada sektor pelancongan dan sektor lain yang terkesan.
- Peruntukan RM50 juta untuk subsidi pembiayaan kursus jangka pendek dalam bidang digital dan berkemahiran tinggi yang dijangka memberi manfaat kepada 100,000 rakyat Malaysia.
- Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sepatutnya diberikan pada Mei 2020 akan diawalkan iaitu pada Mac 2020.
- Tambahan RM100 kepada setiap penerima BHS akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei dan tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.
- Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan dalam negeri.
- Baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen
- Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuat kuasa sehingga akhir tahun
- Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) akan ditambah baik melalui kos latihan yang boleh dituntut ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000. Sebagai tambahan, elaun latihan harian sebanyak RM30 sehari juga disediakan kepada pelatih.
Last edited:
