BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM153 Juta Diperuntuk Bagi Manfaat Lebih 400,000 Mahasiswa Johor Sejak 2023 - Onn Hafiz

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
e3280401d17371b582bee93ec2b1e3b469c74318b89c7

--kredit FB Onn Hafiz

Kerajaan Negeri Johor menyalurkan peruntukan RM152.88 juta yang memanfaatkan 404,547 mahasiswa anak negeri ini menerusi pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif sejak 2023.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata bantuan itu merangkumi Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) sebanyak RM49.6 juta, Skim Bantuan Pendaftaran (RM17.9 juta), Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) (RM39.14 juta) dan Bantuan Laptop Siswa Johor (RM23.96 juta).

Beliau berkata Persatuan Mahasiswa Anak Johor pula menerima peruntukan RM2.68 juta melibatkan 20,000 ahli persatuan di seluruh negara, Jelajah Mahasiswa Johor 2025 (RM1.3 juta), Duta Mahasiswa Johor (RM600,000) serta Biasiswa Orang Muda Johor (RM11.9 juta).

"Segala usaha ini adalah komitmen berterusan dalam memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperkukuh pembangunan modal insan Bangsa Johor.

"Semoga segala inisiatif ini terus memberi manfaat yang berpanjangan dan menjadi pemangkin kepada kejayaan generasi masa hadapan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Onn Hafiz berkata kerajaan negeri menjunjung titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa menekankan aspek pembangunan dan kebajikan anak muda terutamanya mahasiswa Johor.

“Pendekatan ini dilaksanakan secara tersusun, bersasar dan inklusif bagi memastikan tiada mahasiswa yang tercicir dalam arus pembangunan ekonomi dan pendidikan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register