BTC USD 82,317.4 Gold USD 4,193.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM150 000 ...anda punyer ke?

Kuswadinata terlantar di hospital

Kuswadinata terlantar di hospital

Oleh Rozdan Mazalan
[email protected]


RAWAT: Kuswadinata yang terlantar di HKL.

mainpix1.jpg

Gara-gara komplikasi saluran darah di bahagian pinggang

BERPANTANG maut sebelum ajal. Tindakan pantas isteri pelakon veteran Kuswadinata, atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, yang merujuk terus ke hospital apabila suaminya mengadu sakit di bahagian pinggang menyelamatkan pelakon itu.

Kamariah Mohd Said berkata, doktor mengesahkan suaminya mengalami bengkak di bahagian saluran darah berhampiran pinggang dan sekiranya saluran itu pecah, ia boleh mengundang maut.

Menurut Kamariah, suaminya mula mengadu mengalami sakit di bahagian pinggang sebelum tamat penggambaran sebuah drama di Melaka.

“Sebelum ini dia sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Melaka setiap hari kerana menjalani penggambaran drama.

“Sebaik saja penggambaran drama itu tamat saya terus membawa dia ke Pusat Perubatan Ampang Puteri dan melakukan X-ray. Doktor mengesahkan saluran darahnya sudah bengkak dan bila-bila masa saja akan pecah."


BINCANG: Yusof, Mustapha dan Aimi berbincang dengan Kamariah selepas menderma wang RM1,000 kepada pelakon veteran itu di Hospital Kuala Lumpur, semalam.

“Doktor di situ memberikan layanan yang baik dan menyuruh kami merujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah seperti ini hanya ada dua tempat saja pakar iaitu di HKL dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC),” katanya ketika ditemui di wad kecemasan HKL semalam.

Menurutnya juga, suaminya sebelum ini tidak pernah mengadu apa-apa penyakit yang serius dan jarang sekali masuk hospital

“Alhamdulillah sepanjang saya bersamanya, dia tidak pernah mengadu sakit dan ujian darahnya juga tidak pernah naik dan turun, malah dia tiada penyakit kencing manis yang biasanya dihidapi orang seusianya.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada beberapa rakan artis yang hadir menemuinya dan persatuan yang membantu menghulurkan bantuan,” katanya yang bergilir-gilir menjaga bersama anaknya di hospital.

Turut hadir, presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof, Yusof Kelana dan Aimi Jarr.

Menurut Yusof, persatuan akan sentiasa memantau keadaan Kuswadinata dari semasa ke semasa.

“Kita akan menghulurkan apa saja bentuk bantuan yang diminta sekiranya terdaya. Persatuan tidak akan melepaskan tangan dalam soal kebajikan artis, lebih-lebih lagi sumbangan Kuswadinata selama ini dalam industri cukup banyak dan sehingga kini dia masih lagi mampu berlakon,” katanya.

Berita Harian
 
kat BUletin Utama 8mlm pun ada kes peniaga minta bantuan dr kerajaan Selangor disbbkan kencing manis.....sampai anak pun tak pegi sekolah kalau tak silap saya laa dan kedai pun dah tak terurus dissbkan duit byk dah digunakan utk kos perubatan...adakah disbbkan takde org APPROACH atau owner yg taknak????
NOTE:kalau ada sape yg tgk berita dan sy silap kenyataan tolong betulkan...tgk sambil lalu je
 
Betul Ke Rawatan Hospital Kerajaan Percuma?

BETUL KE RAWATAN HOSPITAL KERAJAAN PERCUMA?

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN dan NIEZAM ABDULLAH - sumber Utusan Malaysia june 08

KOS ubat-ubatan dan prosedur pembedahan dalam merawat penyakit-penyakit tertentu menjadi antara satu alasan utama kenapa kebanyakan pesakit tidak dapat bertahan dengan satu-satu pelan rawatan.

Tidak dinafikan, rundingan doktor dan harga ubat yang tidak kurang mahalnya boleh menjadi bebanan bagi sesetengah orang terutamanya bagi mereka yang tidak dilindungi oleh insurans perubatan.

Kalau ada (insurans) sekalipun, rawatan kanser payudara misalnya, boleh menjadikan pesakit tambah stres apabila kita memperkatakan tentang bajetnya.

Apatah lagi mengambil kira hilang upaya untuk bekerja seperti sebelumnya. Ditambah pula dengan kos pengangkutan dan perjalanan bagi menjalani rawatan yang telah dijadualkan.

Itu semua boleh kita fahami. Pendek kata, tiada siapa yang sepatutnya tidak menerima apa-apa bentuk rawatan dan hanya berserah kepada takdir dan berpegang kepada falsafah ajal maut di tangan Tuhan – hanya kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun, rayuan meminta derma dan bantuan dihulurkan bagi menanggung kos rawatan yang dibuat oleh individu tertentu menerusi media tanpa disedari telah memberikan impak yang negatif pada wajah sebenar sesuatu penyakit.

Sedangkan gambaran sebenarnya menjanjikan sesuatu yang jauh lebih positif dan tidak sepatutnya menakutkan orang ramai.

Sepanjang minggu ini, Mingguan Malaysia menerima beberapa panggilan telefon serta e-mel daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pakar perubatan serta jururawat di dalam bidang onkologi klinikal iaitu satu bidang yang menawarkan rawatan untuk pesakit kanser dewasa.

Pakar onkologi (kajian dan amalan bagi merawat tumor/ketumbuhan) terbabit di dalam e-melnya yang menyusul selepas perbualan telefon melahirkan kebimbangan beliau dengan trend ini.

‘‘Pertama sekali, niat utama saya membawakan isu ini adalah untuk mendidik masyarakat. Saya tidak mahu orang ramai keliru selepas membaca cerita-cerita tentang kos rawatan yang amatlah tersasar itu. Apatah lagi dalam keadaan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita masih ramai yang tidak faham mengenainya.

‘‘Mereka takut untuk berjumpa doktor bagi pengesahan penyakit dan lebih rela berjumpa bomoh atau pengamal terapi alternatif lain untuk berubat. Apabila kanser telah melarat dan tenggelam punca untuk mendapatkan rawatan, barulah mereka berjumpa kami (doktor). Sudah tentu pada tahap ini penyakit sudah berada di tahap lewat dan sukar dirawat,’’ ujarnya yang hanya mahu dikenali sebagai Dr. Mas.

Menurutnya, jika media sering kali melaporkan tentang individu yang memerlukan hampir ratusan ribu ringgit untuk merawat kanser payudara, sudah tentu mereka yang berpendapatan rendah semakin takut untuk menjalani rawatan disebabkan oleh kosnya yang sangat tinggi.

Dr. Mas yang juga ahli Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) menyifatkan, jumlah tersebut (bagi kemoterapi dan radioterapi) amat diragui memandangkan kos biasa di pusat-pusat perubatan swasta adalah jauh lebih rendah.

Malah, beliau turut menyenaraikan beberapa nama pakar lengkap dengan hospital masing-masing yang menawarkan rawatan kanser.

‘‘Apa lagi rawatan tersebut ada ditawarkan di hospital kerajaan pada harga yang sangat rendah memandangkan kos ubat yang termasuk di dalam protokol standard disubsidi sepenuhnya oleh kerajaan. Sebagai contoh, kos kemoterapi FEC/FAC untuk kanser payudara sebanyak enam kali di Hospital Kuala Lumpur (HKL) cuma RM360 (RM60 sekali kemoterapi).

‘‘Jika pesakit memilih untuk mengambil rejimen kemoterapi berlainan misalnya T-A-C atau A-T, mereka hanya perlu membeli sendiri ubat T itu - RM12,000 untuk enam kali (lebih kurang RM1,500 hingga RM2,000 sekali) manakala kos untuk ubat A dan C dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan,’’ kata Dr. Mas.


Mengulas lanjut, paling maksimum, rawatan radioterapi untuk kanser payudara adalah sebanyak 25 hingga 30 kali. Kebanyakan pesakit yang melakukan mastektomi (pembuangan payudara melalui pembedahan) secara puratanya cuma memerlukan 15 kali radioterapi sahaja.

Mematuhi

Jika di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), rawatan 25 kali radioterapi adalah lebih kurang RM1,500 hingga RM1,750 (RM50 sekali rawatan dan RM500 untuk caj peralatan dan perancangan radioterapi). Di HKL, keseluruhan rawatannya tidak lebih RM500.

‘‘Jika hospital swasta mengenakan bayaran RM200 sehari, kos keseluruhan bagi radioterapi sebanyak 25 kali cuma RM5,000 hingga RM6,000 sahaja.


‘‘Pakar-pakar onkologi kerajaan dan swasta di dalam negara sering bertemu, mematuhi garis panduan antarabangsa dalam pengurusan kanser. Tiada perbezaan dari segi teknik rawatan, ubat-ubat yang disyorkan dan sebagainya,’’ terang beliau.

Kesemua ubat atau rawatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan boleh diperoleh di mana-mana hospital cuma di hospital kerajaan, rawatan yang diberikan mestilah mengikut indikasi dan justifikasi penyakit kanser tersebut, tanpa mengira status sosial, warna kulit dan sebagainya.

‘‘Tujuan saya bukanlah hendak memburuk-burukkan sesiapa tetapi biarlah berpada-

pada dalam semua tindak tanduk kita. Jangan kerana terlalu beria-ia untuk mendapat rawatan di pusat swasta yang berstatus tinggi dan lebih selesa tetapi dalam masa yang sama memberikan tanggapan yang salah kepada orang awam mengenai penyakit dan rawatan kanser payudara ini. Itu yang saya mahu elakkan,’’ tegas Dr. Mas.

Sementara itu, Pakar Bedah Am, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain yang banyak kali membedah pesakit kanser payudara ketika diajukan pertanyaan sama nyata terkejut dengan nilai tinggi yang dinyatakan.

‘‘Ini pertama kali saya dengar. Biasanya, selepas membedah pesakit, kita akan rujuk mereka kepada pakar onkologi. Bagi pesakit yang ada insurans atau ditanggung oleh syarikat, mereka selalunya memilih agensi swasta untuk rawatan lanjut dan bagi yang kurang mampu, ke hospital kerajaan.

‘‘Saya biasa berurusan dengan salah sebuah institusi swasta terkemuka yang menawarkan perkhidmatan adjuvan ini. Secara pakejnya, kos dikenakan RM30,000 sebanyak enam pusingan (setiap pusingan dari tiga minggu ke sebulan),’’ katanya.

Kemoterapi pula, terangnya, mempunyai pelbagai kelas dari yang standard dan lebih murah yang digunakan di negara ini sejak 10 hingga 20 tahun lepas sehinggalah kelas yang lebih tinggi.

Mengulas lanjut, kalau dibandingkan dengan negara-negara membangun lain, Malaysia boleh dikatakan antara yang terbaik dalam penyediaan rawatan awamnya di mana tiada seorang pun yang sakit akan terbiar tanpa rawatan walau tidak mampu membayar satu sen pun.

‘‘Pesakit kanser payudara sentiasa boleh pergi ke mana-mana hospital besar di negeri masing-masing untuk mendapatkan rawatan. Jika hospital berkenaan tidak mempunyai kepakaran atau rawatan tertentu, pesakit akan dirujuk kepada institusi swasta yang dibeli perkhidmatannya oleh kerajaan,’’ katanya.

Yang ada, jelasnya, pesakit yang tidak mahu menunggu lebih lama dan pergi ke hospital swasta. Ketika inilah, mereka memerlukan wang yang banyak untuk membiayai sendiri sepenuhnya kos rawatan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan terapi alternatif bagi merawat kanser payudara kerana setakat ini ujarnya, para saintis sependapat bahawa kebaikan kemoterapi mengatasi komplikasi teruk yang sering menjadi penghalang pesakit untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kanser payudara, pembedahan merupakan rawatan utama sebelum disokong dengan rawatan adjuvan (sampingan) seperti kemoterapi melalui suntikan atau oral dan, radioterapi. Tidak semua orang memerlukan kemoterapi, ia bergantung kepada penilaian pakar onkologi ke atas pesakit.

‘‘Walaupun kemoterapi sering dikaitkan dengan cerita-cerita negatif loya muntah, keguguran rambut, keletihan melampau, tetapi pesakit tidak boleh menolaknya mentah-mentah. Kebaikannya mengatasi keburukan dan tidak semua orang mengalami kesan sampingan yang sama teruk di antara satu sama lain, jadi jangan bazirkan masa.

‘‘Ramai pengamal perubatan alternatif yang mengakui dapat merawat kanser dan yakin dengannya. Kalau boleh, kami pun mahu belajar daripada mereka tetapi sehingga kini tidak pernah jumpa satu pun yang didokumentasikan,’’ jelas Dr. Abd. Hamid.

Selain kemoterapi, belum ada agen lain yang ditemui bagi membunuh saki-baki sel-sel kanser yang halus dalam tubuh pesakit. Penggunaan antibodi masih dalam peringkat percubaan yang masih awal.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan media supaya berhenti daripada melayan rayuan-rayuan seumpama ini kecuali meminta pengesahan terlebih dahulu daripada doktor pakar yang terbabit.
 
Keluhan Warga Emas

Rawatan perubatan warga emas: Kerajaan perlu tetapkan prosedur
Salman Hussin
Sun | Sep 02, 07 | 2:59:24 pm MYT
KOTA TINGGI, 2 Sept (Hrkh) � Kerajaan disaran menetapkan prosedur tertentu bagi warga emas yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, ini bertujuan mengelak kekeliruan serta bebanan yang perlu ditanggung golongan berkenaan setiap kali mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Iklan



Bahkan lebih baik lagi jika kerajaan memberi keistimewaan kepada golongan ini dengan memberikan rawatan perubatan secara percuma memandangkan warga emas ini juga turut memainkan peranan dalam pembangunan negara ini suatu ketika dahulu.

�Maka tidak sewajarnya kerajaan melupakan jasa serta pengorbanan yang pernah mereka sumbangkan sewaktu mereka muda dahulu".

Demikian luahan hati Abdul Fatah Abdul Latif, berhubung tindakan Hospital Kota Tinggi yang mengenakan bayaran terhadap ibunya, Sabaiah Darbi, 82, ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan setelah diserang angin ahmar beberapa bulan lalu.

Ibunya yang dimasukkan ke hospital Kota Tinggi pada 9 Julai lalu selama tiga hari dikenakan bayaran RM83.00 sebagai kos rawatan

Menurut Abdul Fatah, walau pun ibunya boleh membuat rayuan untuk mendapatkan pengecualian daripada bayaran ini atau sekurang-kurangnya mengurangkan kadar bayaran ditetapkan, namun itu bukan persoalan utama, apa yang jelas, urusannya amat merumitkan selain terpaksa berhadapan dengan karenah birokrasi oleh pihak-pihak tertentu.

�Bukankah lebih baik jika kerajaan menetapkan prosedur bagi setiap warga emas yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dikecualikan dari sebarang bayaran.

Katanya, setelah 50 tahun negara merdeka, maka sudah sampai masanya kerajaan melaksanakan kaedah ini sebagai penghargaan terhadap warga emas di negara ini.

�Tidak ada maknanya kemerdekaan jika rakyat terutama golongan warga emas ini masih dibebani dengan kos rawatan yang walaupun nampak sedikit tetapi tetap membebankan juga kerana bukan semua warga emas atau anak-anak mereka mempunyai pendapatan yang besar.

�Apatah lagi dalam keadaan kos sara hidup yang begitu tinggi hari ini sudah tentu ianya akan menambahkan lagi tekanan hidup yang terpaksa ditanggung keluarga pesakit," katanya. - mns_
 
Kos Rawatan Bapa Encik Lebih Mahal Dari Kereta Yang Encik Pandu, Boleh Bayar?

Blog seorg penulis

Harapan aku untuk pulang ke Tronoh meraikan Tahun Baru Cina nampaknya tidak kesampaian kerana Abah, atas usul doktor, dimasukkan ke dalam wad Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Bagi mereka yang pernah membaca pos sebelum ini tentang Abah pasti menyedari situasi meruncing yang dihadapi orang tua itu. Cuma 20% dari jantung Abah masih mampu berfungsi dengan kebarangkalian yang besar untuk ia gagal bila-bila masa.

Duduk semeja bersama doktor, aku belajar istilah-istilah perubatan yang baru. Hari ini Abah akan melalui pemeriksaan ENDOgram sebagai persediaan sebelum pembedahan untuk memasang Implantable Cardioverter-Defibrillator (ICD) dilakukan, yang tarikhnya masih belum pasti.

"Cost for the ENDOgram will be around RM14,000. While for the surgery to implant the ICD unit, that will be roughly around RM85,000 and that is for the operation cost alone." Jelas doktor yang merawat Abah. Dan aku yakin gaji setahun doktor itu lebih tinggi dari kos ENDOgram dan ICD untuk Abah aku dicampurkan.

"Tapi jangan risau." Ayat comforting tiba-tiba keluar dari mulut doktor itu, mungkin setelah riak muka wajah aku menggambarkan kos perubatan yang disebut sebentar tadi lebih mahal dari harga kereta yang aku pandu.

"Since he is a retired government servant, we can apply for government's grant to fund all the medical costs incurred during this operation, which I believe won't be an issue at all." Senyuman manis doktor itu mengakhiri ayat indah yang dikhabarkan.

"So far there has been no problem in getting grant from the government for all their current or former employees."

Doktor itu pastinya bukan berkempen untuk kerajaan sempena pilihanraya akan datang, tapi senario yang dialami keluarga kami sudah tentu boleh jadi satu formula menarik untuk iklan kempen pilihanraya kerajaan. Sebuah keluarga Melayu kelas pertengahan, dibebani dengan prospek kos perubatan yang tinggi untuk si bapa tetapi akhirnya tersenyum lega kerana kos perubatan tersebut bakal ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hanya kerana Abah satu masa dahulu berbakti pada kerajaan berpuluh tahun lamanya, masuk ke ceruk pendalaman dan berkhidmat di kampung-kampung merawat rakyat Malaysia yang tidak mampu mendapatkan rawatan dari hospital-hospital swasta di kotaraya.

Dan aku terbayang bagaimana pula kalau individu lain yang bukan pegawai atau pesara kerajaan menanggung kos perubatan mereka.

"Awat mahai sungguh? Selalu saya pi klinik kerajaan takdak mahai camni?!"

Suara seorang pakcik tua, petani atau nelayan barangkali, di kaunter farmasi IJN sekitar tahun 1999 dalam satu kejadian yang aku masih ingat ke hari ini. Terdiam semua manusia di situ mendengar pakcik tua itu mengeluh tentang bayaran yang dikenakan.

Orang kampung, bekerja sendiri dan berpendapatan rendah, lalu tidak berhak mendapat layanan istimewa dari kerajaan?

Life is not fair indeed.

Jadi buat sementara waktu, aku mungkin sibuk berulang-alik ke hospital dan kurang masa terluang untuk kemaskini blog.

Untuk kamu semua, kurangkan merokok (lebih baik berhenti terus) dan jika kamu bukan pegawai kerajaan tapi bekerja sendiri atau syarikat swasta kamu tidak sediakan faedah perubatan, jangan lupa beli insurans perubatan.

Dan kenang daku dalam doamu.
 
Kalau kita cerdik, sebenarnya medical card nie free je. Sebabnya, kan kita dapat pengecualian cukai. Sebab tu orang yang keja swasta Kerajaan tak tanggung (salah satu sebab le kot). Sebab diaorang dah bg pelepasa cukai. So, fikirkan lah sendiri.

Kalau nak tau lebih lanjut : http://www.prubsninfo.com -> 'Medical Card'
 
Banyak betul sumber dari akhbar yang ko dapat cari DIn, bagus cari lagi dan lagi dan lagi...
 
terima kasih brodean atas info yg diberikan. ini matlamat sebenar forum ini - utk bertukar2 idea, ilmu dan kemahiran masing2.

salam

haris
MAA
 
terima kasih atas info daripada tuan2n semua, mg kita mendapat keberkatan, memberi maklumat yang terbaik. kalau ada penyataan sy yang tersalah, tolong betulkan. Sy baru belajar dan terlalu banyak kelemahan... ada mklumat jangan segan2 masukkn pada ruangan ni.
 
Back
Top
Log in Register