BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM15,000 lesap sekelip mata

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA KEDAH - Tindakan seorang warga emas membawa barang kemas yang dianggarkan bernilai RM15,000 sewaktu keluar berjalan bersama anak-anaknya mengundang padah apabila barang tersebut lesap tanpa disedari.

Mangsa, Azizah Abdul Hamid, 66, berkata, kejadian berlaku pada 31 Disember tahun lalu dan dia hanya menyedari barangnya hilang semasa hendak menunaikan solat Isyak di rumah.

Menurutnya, barang kemas termasuk cincin berusia lebih 100 tahun itu dibalut dengan sapu tangan dan diletakkan di dalam poket baju kurung yang dipakai.

“Kebiasaannya saya tidak membawa barang kemas sewaktu keluar berjalan dan menyimpannya di rumah, namun pada hari tersebut saya terpaksa membawanya kerana tiada siapa di rumah.

“Saya tidak menyangka langkah berjaga-jaga itu mengundang padah apabila barang tersebut hilang tanpa saya sedari bagaimana kejadian itu boleh berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Nelayan.

Selain cincin berusia lebih 100 tahun, Azizah turut meletakkan empat gelang tangan, seutas rantai tangan, sepasang subang, dua bentuk cincin dan loket.

Azizah berkata, dia sendiri buntu dengan kejadian yang berlaku kerana bungkusan itu hilang begitu sahaja tanpa disedari, walaupun dia ada memeriksa poket baju kurungnya sepanjang perjalanan dia ke pusat membeli belah dan kedai makan di Kuala Kedah.

Lebih menghairankan, katanya, dompet bersama kad pengenalan yang disimpan dalam poket sama, tidak hilang dan masih dalam keadaan baik.

“Selepas kejadian itu, perasaan saya sentiasa tidak menentu dan hanya memikirkan bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

“Lagipun barang kemas ini adalah harta yang saya ada, terutama sewaktu terdesak dan digunakan bagi menampung perbelanjaan dapur harian untuk keluarga saya setelah kematian suami sejak 12 tahun lalu,” katanya yang hanya mengharapkan wang pencen suami RM300 sebulan untuk perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Azizah membuat laporan polis pada 16 Januari lalu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan berharap sekiranya ada individu yang menjumpai bungkusan barang kemas itu agar memulangkannya semula.


sumber
 
itu la makcik,
nak keluar tu jgn la pakai barang kemas byk sgt..
kan dah hilang..
 
mmg ada pompuan yg suka bwk brg kemas kalau keluar rumah.
brg kemas kalau byk pun, bukannya boleh pakai semua. nak jadik pokok krismas? pilih jek lah mana yg nak dipakai. yg lain simpan kat bank ke..
 
takut sgt emas tu ilang.. kan dah ilang trus..
 
suspen nya tajuk....ingatkan lesap sbb main porek....
 
image.jpg


Menurutnya, barang kemas termasuk cincin berusia lebih 100 tahun itu dibalut dengan sapu tangan dan diletakkan di dalam poket baju kurung yang dipakai.

Selain cincin berusia lebih 100 tahun, Azizah turut meletakkan empat gelang tangan, seutas rantai tangan, sepasang subang, dua bentuk cincin dan loket.

Emas letak dlm sapu tangan jer...#:-S#:-S#:-S#:-S......byk tul makcik nie bawa emas bersiar2....aduss....dh xder nasib....
 
Sekelip mata kena rembat...dah nasib...
 
Back
Top
Log in Register