BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM100 untuk orang Melaka

shy

Freshie
Messages
30
Joined
Dec 4, 2008
Messages
30
Reaction score
0
Points
6
Assalamualaikum,

Cardas Research & Consulting Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat kajian penyelidikan yang terletak di Petaling Jaya Selangor. Kami sedang menjalankan satu kajian penyelidikan tentang rancangan televisyen di Malaysia.

Kami mencari sekumpulan peserta yang berminat untuk menyertai Focus Group Discussion (FGD). Focus group adalah satu kumpulan perbincangan yang biasanya akan diadakan selama 1 jam. Anda bersama 7 peserta yang lain (yang mempunyai latar belakang yang hampir sama dengan anda) akan berada dalam satu bilik mesyuarat di mana seorang moderator focus group akan mengetuai perbincangan tersebut. Di sini, anda akan berbincang serta bertukar - tukar pendapat sesama peserta tentang rancangan TV berbentuk keagamaan yang anda sangat minati serta maklum balas anda terhadap rancangan TV yang baru keudara. Diakhir perbincangan tersebut peserta akan menerima wang tunai RM 100 sebagai tanda penghargaan kami diatas kesudian anda menyertai perbincangan tersebut.


Kriteria yang kami cari :
1) Penonton rancangan Segunung Harapan

2) Umur : 30 tahun hingga 45 tahun

3) Jantina : Perempuan atau Lelaki

4) Bangsa: Melayu

6) Menetap : Melaka

5) Tarikh: 16 Januari 2010

7) Masa: 12pm - 1pm atau 3pm - 4pm

8) Tempat: Salah sebuah Hotel di Melaka (akan diberitahu selepas ditetapkan)

9) Token: RM100

Mereka yang berminat sila hantarkan maklumat anda:

-Nama
-Umur
-Nombor telefon
-Pekerjaan
-Senarai saluran rancangan agama yang ditonton

Sila hantar maklumat diri anda kepada [email protected] atau 03-78033956 ext 107 . Boleh lawati laman web kami di www.crcg.com.my

Terima kasih
 
Last edited:
2) Umur : 30 tahun hingga 45 tahun

syarat yang ni aku tak der la...
 
Back
Top
Log in Register