Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 61,183
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 61,183
- Reaction score
- 6,775
- Points
- 916
- Awards
- 1
Enam jenis cuti yang wajib diberi oleh majikan adalah Cuti Tahunan, Cuti Sakit, Cuti ‘Hospitalisation’, Cuti Bersalin, Cuti Paterniti dan lima Cuti Umum. Setelah beberapa tahun bekerja, korang tahu tak jenis-jenis cuti yang majikan wajib berikan? Kebiasaannya majikan akan menyenaraikan cuti-cuti tersebut dalam kontrak pekerjaan. Mungkin ada juga yang tidak tahu mengenai jenis-jenis cuti, terutamanya bagi yang baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Jom kita tengok apa cuti yang korang layak dapat daripada majikan.
1. Cuti Tahunan Berbayar
Jumlah Cuti Tahunan Berbayar atau Annual Leave (AL) yang layak diterima oleh seorang pekerja dalam masa setahun adalah berdasarkan kepada tahun perkhidmatannya.
- Bekerja antara 1-2 tahun: 8 hari
- Bekerja antara 2-5 tahun: 12 hari
- Bekerja lebih 5 tahun: 16 hari
Namun begitu, ia juga menurut budi bicara majikan kerana ada yang memberi AL lebih kepada pekerja. Jadi, kalau korang dapat AL lagi banyak, jangan lupa ucapkan terima kasih pada majikan. Sebagai tambahan, pekerja kerajaan menikmati jumlah AL atau Cuti Rehat yang lebih tinggi iaitu antara 20 hingga 35 hari berdasarkan gred dan tahun perkhidmatan. Bestnya!
2. Cuti Sakit Berbayar
Lebih dikenali sebagai MC, Cuti Sakit Berbayar wajib diberi oleh majikan dan jumlah tahunannya juga mengikut tahun perkhidmatan pekerja.
2. Cuti Sakit Berbayar
Lebih dikenali sebagai MC, Cuti Sakit Berbayar wajib diberi oleh majikan dan jumlah tahunannya juga mengikut tahun perkhidmatan pekerja.
- Bekerja antara 1-2 tahun: 14 hari
- Bekerja antara 2-5 tahun: 18 hari
- Bekerja lebih 5 tahun: 22 hari
Pastikan korang maklumkan kepada bos dalam tempoh masa 48 jam dan dapatkan Sijil Cuti Sakit atau MC untuk gunakan kelayakan cuti ini. Kalau tak, korang dianggap sebagai ponteng bekerja. Tak ramai yang tahu, tapi kalau korang tengah ambil AL dan tiba-tiba jatuh sakit, korang layak mendapatkan MC. AL yang dah diambil pula dianggap tidak digunakan jika ada MC. Oleh itu, jangan lupa maklumkan kepada majikan jika perkara ini terjadi pada korang.
3. Cuti ‘Hospitalisation’
‘Hospitalisation’ merujuk kepada situasi seseorang dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Jika seorang pekerja harus dimasukkan ke hospital, dia akan mendapat cuti tambahan 60 hari di samping jumlah MC yang layak diterimanya.
4. Cuti Bersalin
Bagi ibu mengandung, mereka layak mendapatkan Cuti Bersalin daripada majikan. Pada tahun 2023, Cuti Bersalin telah ditingkatkan daripada 60 hari ke 98 hari. Namun begitu, seorang pekerja tidak layak mendapat Cuti Bersalin jika mempunyai lima atau lebih anak. Pekerja perlu memaklumkan kepada majikan dan telah diambil bekerja sekurang-kurangnya empat bulan sebelum tarikh bersalin untuk menikmati kelayakan tersebut. Ibu mengandung juga boleh memulakan Cuti Bersalin 14 hari lebih awal daripada tarikh bersalin jika pegawai perubatan menyatakan dia tidak lagi boleh menjalankan tugasannya. Di samping itu, majikan dilarang menamatkan perkhidmatan seorang pekerja wanita yang sedang mengandung dan dianggap telah melakukan kesalahan jika berbuat sedemikian.
5. Cuti Paterniti
Selain daripada Cuti Bersalin, kerajaan juga telah memperkenalkan Cuti Paterniti bagi suami yang isterinya baru melahirkan anak. Terkini, Cuti Paterniti ditetapkan sebanyak tujuh hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum jika ada.
6. Cuti Umum
Pekerja juga layak menerima sekurang-kurangnya 11 hari cuti umum selain daripada lima cuti berbayar di atas. Daripada 11 cuti umum yang perlu diberikan oleh majikan, terdapat lima cuti yang diwajibkan berdasarkan Akta Kerja 1955 iaitu:

- Hari Kebangsaan (31 Ogos)
- Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
- Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan
- Hari Pekerja (1 Mei)
- Hari Malaysia (16 September)
Jika korang perlu bekerja pada mana-mana cuti umum di atas, pastikan korang menerima bayaran tiga kali ganda daripada biasa bagi hari tersebut. Enam hari lain yang boleh dipilih oleh majikan adalah mana-mana hari yang diwartakan sebagai hari kelepasan am di bawah Jadual Pertama Akta Hari Kelepasan 1951. Antara cuti tersebut termasuk hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali.