BTC USD 80,806.4 Gold USD 4,136.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM 18 juta lesap di Kelantan

if semua pakat solat hajat, anything can be impossible... who knows kan? terharu dgr TGNA merayu suh penyamun kembalikan hasil rompakan smalam:(
 
Ar-Rahn: ‘Kembalikan harta orang miskin’

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

KOTA BHARU 11 Ogos – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pencuri yang melarikan barangan kemas dari pejabat pajak gadai Islam, Ar-Rahn cawangan Kota Bharu agar memulangkannya semula kerana mereka ‘merampas’ harta orang miskin.
Beliau yang begitu kecewa dengan kehilangan barangan kemas dianggarkan bernilai jutaan ringgit itu berkata, biarpun hanya orang yang terlalu jahat melakukan jenayah itu, mereka sewajarnya turut mempunyai sedikit timbang rasa.

“Harta yang dilarikan bukan harta kami (kerajaan), tetapi harta orang miskin, mereka bawa barang cagaran untuk dapatkan sedikit wang tunai, mungkin buat belanja anak belajar, rawatan hospital atau kenduri kahwin.

“Mereka cuma perlukan RM500 atau RM1,000, tetapi kamu rompak, tolong fikirkan kesusahan mereka yang berusaha mengumpulkan wang dengan memerah keringat, bertani atau berniaga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kehilangan barangan kemas dalam peti besi pejabat Ar-Rahn Kota Bharu yang disedari awal pagi semalam.

Empat lelaki bertopeng dikesan oleh kamera litar tertutup berada dalam premis itu dan mereka menceroboh masuk melalui bumbung dan menebuk dinding serta peti besi simpanan.

Barangan kemas yang hilang dipercayai bernilai berjuta-juta ringgit, tetapi pihak pengurusan dan pihak polis tidak mengumumkan jumlah sebenar.

Sehubungan itu, Permodalan Kelantan Berhad (PKB) yang mengendalikan perkhidmatan itu mengumumkan penutupan operasi Ar-Rahn cawangan tersebut mulai semalam sehingga diberitahu kelak.

Katanya, meskipun syarikat milik kerajaan yang mengendalikan perkhidmatan sistem gadaian Islam itu akan membayar ganti rugi kepada pelanggan, ia agak membebankan.

Menyentuh mengenai aspek kawalan di premis berkenaan, beliau berkata, bangunan itu sebenarnya merupakan bekas premis bank dan dengan peralatan keselamatan yang ada, ia tidak dapat dijamin boleh menghindarkan penceroboh.

“Mereka (pencuri) menggunakan alat-alat canggih yang boleh memecah masuk di mana sahaja. Ia boleh menimbulkan keresahan semua pihak sama ada di rumah atau bank,” katanya.

Wahai Pencuri, dengar cakap TGNA!:)
 
dgr citer perompak tersebut telah menyerah diri dan memulangkan balik emas2 tersebut....kerana x tahan 'kepanasan' kot...ye la TGNA buat solat hajat hari tu.supaya perompak tersebut memulangkan balik emas2 tersebut..

tu la padam muka perompak tu..main2 lg dgn MB Ulamak tu..

p/s polis yg citer kat aku..kes pun dh selesai..tunggu perbicaraan je..
 
18juta...byk gilosssss
 
18juta...byk gilosssss

aah..ada 10 juta lg x sempat di rompak..tp skrg semua dh setel..kes dh selesai...perompak pun dh serahkan diri emas pun dh dapat rasanya...

salah seroang perompak tu anak bekas tokei emas di kb ni je..klu aku sebut nama bapak dia tentu ramai org kb kenal..tokei emas famous gak zaman2 dulu...
 
dgr citer perompak tersebut telah menyerah diri dan memulangkan balik emas2 tersebut....kerana x tahan 'kepanasan' kot...ye la TGNA buat solat hajat hari tu.supaya perompak tersebut memulangkan balik emas2 tersebut..

tu la padam muka perompak tu..main2 lg dgn MB Ulamak tu..

p/s polis yg citer kat aku..kes pun dh selesai..tunggu perbicaraan je..

baguslah..ni kes merompak tak kena tempat..
nak merompak pn..pi tpt kilang cetak duit..:))
 
anak tokei pun merompak lagi..xcukup ke emas bapak dia...
 
aah..ada 10 juta lg x sempat di rompak..tp skrg semua dh setel..kes dh selesai...perompak pun dh serahkan diri emas pun dh dapat rasanya...

salah seroang perompak tu anak bekas tokei emas di kb ni je..klu aku sebut nama bapak dia tentu ramai org kb kenal..tokei emas famous gak zaman2 dulu...

emas kedai dia x cukup agaknya..
xpe..skit lagi tahu jugak saper dia tu..
 
anak tokei pun merompak lagi..xcukup ke emas bapak dia...

bisnes family dia dh hancur sbb berlaku perebutan harta antara adik beradik dan pecah amanah dlm syarikat diaorg..pahtu zakat x pernah bayar..sbb tu tuhan tarik rezeki keluarga diaorg...tu yg jadi cmtu tu..
 
dgr citer perompak tersebut telah menyerah diri dan memulangkan balik emas2 tersebut....kerana x tahan 'kepanasan' kot...ye la TGNA buat solat hajat hari tu.supaya perompak tersebut memulangkan balik emas2 tersebut..

tu la padam muka perompak tu..main2 lg dgn MB Ulamak tu..

p/s polis yg citer kat aku..kes pun dh selesai..tunggu perbicaraan je..

Alhamdulillah.... kalau betul berita nih bagusla...

Berkat dibwh pemerintahan tok guru nih :)paid :)paid :)paid
 
Back
Top
Log in Register