BTC USD 81,549.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM 18 juta lesap di Kelantan

bagus pasukan polis mesia.....

jalan kan kerja sambil lewa....

pak lah yg rancang la nie....
 
bukan ke rompakan yg terbesar kat Penang.. jumlah lebih kurang ratus juta gak kot.....
 
bagus pasukan polis mesia.....

jalan kan kerja sambil lewa....

pak lah yg rancang la nie....

sorry arr bro...
aku kurang paham la kalo ko kata polis kerja sambil lewa nih... biasanya mmg polis kena jaga ke kat kedai2 pajak gadai atau kedai2 emas nih?
yg dikatakan sambil lewanya tu kat mana?
apa yg aku tau, kalo bab2 politik ni.. hanya pihak2 atasan polis je yg main peranan... kalo yg makan gaji kat bwh ni.. rasanya buat kerja diaorg je la kot... atau kalo ko lbh tau.. blh bg penerangan mcmana sbnarnya keje diaorg ni? nk tau gak aku..:D
 
Janganlah salahkan polis secara umum. Kalau ada mak ayah forumers kat sini adalah polis, kecik hati diaorang. Yang jahatnya 2 3 ekor je kat atas nun. Tapi tak dinafikan, ada polis yang perangai entah apa-apa dan tak berakhlak.

Kes ni dah terjadi. Kena siasat dengan cepat. Nanti perompak itu lari jauh. Jangan kes DSAI je siasat cepat2. Tak adil woo.. :p

Ya lah, yang lari entah ke mana tak dikejar dengan serius. Tapi yang tak lari (macam Anwar), dikejar dan ditangkap tanpa sebab musabah lak. Ni dah terbalik sangat dah. :))
 
Gadaian RM18j lesap
Oleh Adnan Mohamad
[email protected]

KOTA BHARU: Empat penjenayah professional bertopeng memecah masuk sebuah kedai pajak gadai Islam, Ar-Rahn di Jalan Tengku Chik, dekat sini, tengah malam kelmarin sebelum melarikan pelbagai barangan kemas yang disimpan dalam 238 peti simpanan barangan kemas bernilai kira-kira RM18 juta.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, penjenayah terbabit memecah masuk premis berkenaan dengan memanjat bumbung bangunan tiga tingkat itu, menyusup masuk melalui lubang laluan angin yang ditebuk sebelum melarikan barangan kemas berkenaan yang disimpan dalam bilik kebal di tingkat satu bangunan itu.

Bagaimanapun, penjenayah terbabit tidak sempat melarikan wang tunai RM390,000 apabila gagal membuka peti simpanan wang tunai dalam bangunan sama.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata kejadian itu hanya disedari syarikat kawalan keselamatan di Kuala Lumpur apabila mendapati sistem penggera premis berkenaan tidak berfungsi jam 3 pagi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pengurus kedai pajak gadai berkenaan dan polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, sebaik menerima laporan kejadian itu jam 3 pagi semalam, sepasukan anggotanya bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati penjenayah terbabit mula memasuki premis berkenaan pada jam 12.09 tengah malam berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum memotong wayar CCTV itu sebaik menceroboh masuk dan melarikan simpanan barangan kemas berkenaan.

Katanya, siasatan awal juga mendapati kumpulan penjenayah itu dipercayai profesional kerana melakukan perbuatan itu dengan teliti dan terancang dan kes berkenaan dikesan pertama kali berlaku di negeri ini.

“Berdasarkan rakaman CCTV itu, kami dapat mengesan empat penjenayah terbabit sudah lebih awal menceroboh masuk dalam premis berkenaan.

“Keseluruhan barang kemas dilarikan bernilai kira-kira RM18 juta dan kami menjalankan siasatan rapi berkaitan kes rompakan itu termasuk sama ada membabitkan orang dalam syarikat berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kedai pajak gadai itu milik Kumpulan Permodalan Kelantan Berhad (KPKB), anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kedai pajak gadai berkenaan memang mempunyai pengawal keselamatan tetapi hanya bertugas pada hari bekerja.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan.

“Setakat ini, kumpulan penjenayah itu dianggap profesional kerana melakukan rompakan dengan taktik canggih iaitu memanjat bumbung dan memasukinya melalui lubang angin sebelum berjaya memecah masuk pintu kebal dan melarikan pelbagai simpanan barangan kemas.” katanya.

apanye polis leh cakap pro dan canggih, dgn masuk lubang angin je
:eek: :eek: :eek: :eek: :eek:
 
Janganlah salahkan polis secara umum. Kalau ada mak ayah forumers kat sini adalah polis, kecik hati diaorang. Yang jahatnya 2 3 ekor je kat atas nun. Tapi tak dinafikan, ada polis yang perangai entah apa-apa dan tak berakhlak.

Kes ni dah terjadi. Kena siasat dengan cepat. Nanti perompak itu lari jauh. Jangan kes DSAI je siasat cepat2. Tak adil woo.. :p

Ya lah, yang lari entah ke mana tak dikejar dengan serius. Tapi yang tak lari (macam Anwar), dikejar dan ditangkap tanpa sebab musabah lak. Ni dah terbalik sangat dah. :))

PDRM=scammer=amnonong=sarkas
 
KES anwar ini menarik... perlu di siasat cepat cepat...Nanti Anwar lari ke Turki pulak
 
betul ke dakwaan pakcik nih,belum ade rompakan terbesar di malaysia.
pak cik tak ingat ker kes yang berlaku masa tahun 90-an dimana
perompak menggali terowong bawah untuk merompak sebuah bank di KL,
sampai sekarang kes ni tak selesai..duit berpuluh2 juta hilang...
ingat ke pak cik ni benar2 berilmiah..pak cik mengecewakan saya.

itu saya tahu...tapi masalahnya..anda menyebu berpuluh puluh juta tu tiada angka yang tepat

jadi.. bolehlah saya angkat sepanduk satooo kali...:(scam

PCK : Hamba ingat itu adalah Maybank di taman maluri cheras...Cuma berapa jumlah wang rompakannya hamba tak ingat..
 
itu saya tahu...tapi masalahnya..anda menyebut berpuluh puluh juta tu tiada angka yang tepat

jadi.. bolehlah saya angkat sepanduk satooo kali...:(scam

PCK : Hamba ingat itu adalah Maybank di taman maluri cheras...Cuma berapa jumlah wang rompakannya hamba tak ingat..

Pak cik tak ingat jumlahnya...saya tak sebut jumlah yang tepat,
jadi pak cik tak boleh ler sebut rompakan 18juta tu paling besar kat Malaysia dan pertama kalinya terjadi di kelantan.
Kalau saya sebut puluh juta,maknanya lebih besar dari belas juta.

Jadi pak cik juga tak boleh nafikan bahawa rompakan terbesar bukan pertama kali terjadi di kelantan.

Oleh itu,dengan segala hormatnya saya scam pakcik balik.
:(scam PCK :(scam
 
Back
Top
Log in Register