BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rizab bekalan air membimbangkan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Jumlah bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak cukup untuk menampung keperluan dan permintaan yang semakin meningkat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan.

Beliau yang menyifatkan keadaan itu sebagai sangat membimbangkan berkata, jumlah kapasiti bekalan air di ketiga-tiga kawasan itu hanyalah sebanyak 4,326 juta liter sehari (JLH) berbanding purata pengeluaran sebanyak 4,086 JLH bagi tempoh 1 Jun hingga 11 Julai lepas.

"Ini menunjukkan terdapat rizab kapasiti bekalan sebanyak 240 JLH atau 5.9 peratus sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, dengan peningkatan keperluan sebanyak empat peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, rizab bekalan air yang sedikit itu semakin berkurangan dan meruncing.

"Keadaan ini sangat membimbangkan sekiranya berlaku kemarau panjang atau pencemaran sumber air mentah di kawasan takungan ataupun sungai-sungai yang boleh menyebabkan penutupan loji air," katanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin dilaporkan berkata, bekalan air di negeri berkenaan adalah mencukupi sehingga tahun 2019.

Ruslan berkata, Syabas menghadapi kesulitan untuk menampung keperluan bekalan air terutama selepas berlaku gangguan, iaitu untuk memulihkan kembali bekalan kerana rizab kapasiti yang terhad dan keperluan puncak yang meningkat akibat gangguan tersebut.

Beliau juga menjelaskan beberapa loji air telah dipaksa beroperasi tanpa henti dalam keadaan jauh melebihi kapasiti reka bentuk asal sejak beberapa tahun lepas untuk menampung keperluan pengguna.

Ia termasuk Loji Sungai Langat yang dengan kapasiti 386 JLH telah beroperasi pada tahap 450 JLH dan Loji Air Semenyih dengan kapasiti 565 JLH beroperasi pada lingkungan 580 hingga 620 JLH.

"Hal ini menyebabkan loji-loji tidak dapat diselenggara pada waktu yang sepatutnya kerana dikhuatiri akan menjejaskan bekalan," kata Ruslan.
 
Hari isnin lepas kilang sony tak ada air dari pukul 2 petang sampai 9 malam...bini aku amik air semayang pakai air minerel :D
 
aik? Elok jer hujan skrg ni.. apehal kurg bekalan? ke korg nak naikkan tarif air.
 
kena gali perigi la nanpaknya, kembali pada tahun 1957:(...
 
Aik.... Hari2 hujan takde air ke? Hiks! Tulah menteri2 kita asik nak berbalah pasal politik je hingga terlupa nak tadah air.
 
Last edited:
saja je kot kerajaan selangor nak kasi keluar org 2 yg suka mkn duit rakyat dari SYABAS
 
Last edited:
dah semua org kat Malaysia ni duk tumpu lembah klang je cam mana nak cukup air. air selangor pun amik dr pahang kerajaan pun ******* banyak projek buat kat kl alihkan tumpuan plak kat pahang sana tu sumber banyak tanah pun luas dan murah2 lagi
 
Back
Top
Log in Register