BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riuh Sakan di Melaka

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

ORANG ramai menyertai pelbagai program yang dianjurkan sempena Fiesta Riuh Sakan yang diadakan di Batu Pahat, Jitra dan Putrajaya sebelum ini. Fiesta itu akan kembali menemui pengunjung di Dataran 1Malaysia Klebang, Melaka mulai 29 hingga 31 Mei ini.​

MELAKA 3 Mei - Akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo! dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka menganjurkan Fiesta Riuh Sakan 2015 selama tiga hari bertempat di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang di sini mulai 29 hingga 31 Mei ini.

Fiesta itu merupakan rentetan daripada kejayaan penganjurannya pada 2013 dan sebagai penghargaan kepada pembaca yang menyokong produk Kumpulan Utusan selain merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat khususnya warga bandar raya bersejarah Melaka.

Penolong Pengurus Pengurusan Jenama Utusan Melayu (M) Berhad, Hazura Ahmad Halil berkata, fiesta itu menjanjikan pelbagai program riadah santai yang boleh disertai oleh semua golongan masyarakat.

Malah, katanya, program itu juga sebagai menyokong aspirasi kerajaan ke arah mewujudkan sebuah negara berbilang kaum yang harmoni.

“Pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang karnival tiga hari itu yang pastinya akan menggamit pengunjung untuk terus berpesta di Pantai Klebang yang turut dikenali sebagai lokasi riadah popular seisi keluarga.

“Fiesta ini turut dianjurkan bersempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015 yang bermula dari 30 Mei hingga 14 Jun ini.

“Tapak fiesta akan mula dibuka pada 29 Mei mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam. Antara yang pasti mendapat kunjungan ramai adalah gerai jualan harga runtuh akhbar dan majalah produk terbitan Kumpulan Utusan. Selain itu kami turut menawarkan harga istimewa kepada semua pengunjung untuk pembelian semua produk terbitan Kumpulan Utusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fiesta Riuh Sakan 2015 di Melaka merupakan acara keempat yang dianjurkan di seluruh negara selepas penganjuran yang pertama di Batu Pahat, Johor pada Mei 2013 diikuti di Jitra, Kedah pada September 2013 dan Putrajaya pada April tahun lalu.

Menurut Hazura, sebagai penghargaan kepada sokongan pengunjung, setiap pembelian yang bernilai RM5 ke atas berpeluang menerima kupon cabutan bertuah untuk memenangi produk eksklusif Kumpulan Utusan, pelbagai barangan elektrik dan produk-produk sumbangan penaja melalui sesi cabutan yang akan dijalankan beberapa sesi sehari sepanjang tiga hari fiesta itu.

Katanya, pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti penebusan keratan kepala akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia dengan hanya membawa sekurang-kurangnya dua keratan.

Semua penebusan keratan ini akan berpeluang mendapat produk Kumpulan Utusan iaitu set kemasan diri, botol air dan beg serba guna.

“Pengunjung juga boleh mendapatkan produk istimewa Julie’s dengan menyertai peraduan Kumpul dan Tampal tajaan Julie’s. Peraduan mudah ini pasti menarik ramai pembaca untuk mengunjungi gerai Julie’s di tapak fiesta,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register