BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Risiko beli kanta lekap Internet

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
ne_08.1.jpg

SALAH sebuah laman web yang dikesan menawarkan kanta lekap murah yang boleh mengakibatkan masalah penglihatan.

--------------------------------------------------------------------------------


SHAH ALAM - Taip sahaja perkataan 'kanta lekap murah' di ruangan carian di Internet, anda akan menemui puluhan blog menawarkan produk tersebut dengan pakej harga yang murah.

Namun, ramai pengguna tidak mengetahui bahawa mereka terdedah kepada risiko buta apabila menggunakan kanta lekap tersebut yang kebanyakannnya buatan Korea tanpa mendapat preskripsi daripada pegawai optometri terlebih dahulu.

Perunding Optometri Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Bariah Mohd. Ali berkata, lambakan produk itu yang dijual secara dalam talian bakal mengundang masalah kerana boleh menyebabkan masyarakat menghidap penyakit mata.

"Ramai remaja suka memakai kanta lekap yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantuan penglihatan tetapi juga aksesori kecantikan kerana ia didatangkan dengan warna seperti hazel, violet, biru, hijau dan kelabu.

"Tetapi mereka perlu ingat bahawa pemakaian kanta lekap perlu diperiksa oleh pegawai optometri bagi mengelak sebarang jangkitan, alahan atau lebih kronik mengakibatkan buta," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.
 
Back
Top
Log in Register