BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Risda Lancar Program Membaja Getah Di Terengganu

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
HULU TERENGGANU, 20 Nov -- Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (Risda) memperuntukkan kira-kira RM8 juta untuk program tanam semula dan membaja getah di Terengganu tahun ini.

Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata 60 peratus daripada jumlah itu, iaitu kira-kira RM4.8 juta, adalah untuk program membaja.

"Mulai tahun depan, sasaran Risda ialah untuk meningkatkan pengeluaran getah sehingga 1,600 kilogram sehektar berbanding sekarang hanya 1,520 kilogram sehektar.

"Kita yakin apabila program pembajaan ini dijalankan, kita boleh capai angka itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Gerakan Membaja Risda peringkat negeri Terengganu hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Asha'ari Idris dan Pengurus Besar Espek Sdn Berhad Datuk Kamaruddin Mohamed Shah.

Wan Mohamad Zuki berkata program membaja dijalankan bagi memastikan pekebun kecil di bawah skim bantuan Risda mengamalkan teknologi membaja dengan betul serta berterusan mengikut amalan pekebunan yang baik bagi meningkatkan produktiviti getah dan sawit.

Beliau berkata melalui amalan pembajaan yang betul, pekebun tidak perlu menunggu sehingga enam atau tujuh tahun untuk memperoleh hasil kerana tempoh muda pokok boleh dipendekkan kepada empat setengah tahun bagi getah.

Katanya, Risda akan mengagihkan 30 kampit baja bagi setiap hektar.

Wan Mohamad Zuki berkata program itu dapat memupuk kesedaran di kalangan pekebun kecil bahawa komponen baja penting untuk meningkatkan hasil.

"Melalui program ini juga, kita dapat memberi pendedahan teknologi, kaedah dan amalan pertanian yang baik dan betul.

"Kita juga mahu mendekatkan diri dengan masyarakat, mahu tahu apa masalah mereka bukan dalam aspek membaja saja, tetapi aspek-aspek lain," katanya.
 
Back
Top
Log in Register