Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
KUALA LUMPUR 20 Mei - Ringgit dijangka menyusut dan mungkin mencecah paras RM3.15 berbanding dolar AS minggu depan, ekoran kebimbangan yang semakin memuncak tentang krisis hutang zon Eropah, kata peniaga.
Keadaan ini berlaku ekoran keadaan kewangan yang semakin tidak stabil dalam zon Eropah dan kebimbangan bahawa kemungkinan Greece keluar dari Eropah disebabkan oleh keadaan politik yang tidak menentu, dan seterusnya boleh mengakibatkan bencana kepada ekonomi global.
Dalam minggu ini, ringgit turun berbanding kebanyakan mata wang Asia disebabkan prospek ekonomi global yang semakin muram kerana China, ekonomi kedua terbesar di dunia, menghadapi kelembapan pelaburan langsung asing. China adalah rakan dagang utama Malaysia.
Dalam pasaran-pasaran lain di Asia, mata wang mengalami lebihan jualan apabila para pelabur menjauhi aset-aset berisiko, memandangkan masih tiada tanda-tanda konkrit tentang penyelesaian kepada krisis hutang Eropah. - Bernama