TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Ringgit cecah RM3.91
Matawang ringgit jatuh melebihi paras sokongan 3.90 berbanding satu dolar Amerika hari ini dan dalam masa yang sama pasaran ekuiti turut merosot dengan FBM KLCI jatuh melebihi 30 mata.
Pada jam 5 petang tadi, matawang tempatan itu jatuh kepada 3.9125 kepada dolar Amerika. Ini merupakan kadar ringgit paling lemah sejak 2 September 1998, sehari sebelum kerajaan membuat keputusan untuk menambat matawang negara pada 3.80.
Tambatan kemudiannya dihapuskan pada 2005 dan ringgit kemudiannya didagangkan bebas tetapi terurus sejak itu. Indeks komposit jatuh 3.92 mata atau 1.79 peratus kepada 1,694.64 dengan 1.65 bilion saham bernilai RM2.02 bilion bertukar tangan.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 686 berbanding 187 manakala *** kaunter didagangkan tidak berubah.-MalaysiaGazette
http://malaysiagazette.com/ms/ekonomi/ringgit-cecah-rm391