ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Khairul Amin (berdiri, lapan kiri) menyempurnakan pelepas ekxpedisi #KitaKawan Alam yang disertai 30 peserta ke Air Terjun Pelangi Kuala Sentul.
MARAN - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan dalam menyokong usaha dilakukan kerajaan bagi mengekalkan kepelbagaian biodiversiti demi kesejahteraan manusia dan alam.
Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Maran, Khairul Amin Osman berkata, usaha tersebut adalah tanggungjawab bersama dan menuntut semua pihak terutama generasi muda agar sensitif terhadap sebarang aktiviti yang merosakkan alam sekitar seperti pencemaran.
Menurutnya, MBD sebagai NGO yang menyediakan platform untuk anak muda bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, turut tidak melupakan program memupuk kesedaran dan rasa cintakan alam sekitar.
"Ia merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan NGO termasuk di kawasan luar bandar bagi memastikan golongan muda terlibat dengan aktiviti alam sekitar secara berterusan.
"Kita sedia maklum bahawa kerajaan mengambil berbagai langkah dan usaha menyedarkan setiap lapisan masyarakat terhadap tanggungjawab menjaga alam ini.
"Namun, sebanyak mana pun kempen atau program kesedaran dijalankan, ia tidak mampu dicapai jika masyarakat tidak mendidik diri dan hati mereka sendiri bermula dari usia muda," katanya.
Khairul Amin berkata, penduduk setempat juga diminta lebih peka dan ringan mulut melaporkan sebarang kejadian pencemaran atau aktiviti kerosakan alam kepada jabatan berkaitan.
Menurutnya, suara golongan muda mampu menyelamatkan khazanah alam yang dipinjamkan daripada generasi terdahulu agar dapat diwarisi kepada generasi akan datang," katanya.