BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Rider accident elak babi

Pemandu Toyota Vios dah serah diri

LAPORAN portal Harian Metro


PEMANDU kereta Toyota Vios yang memandu lawan arus di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri menyerah diri, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lelaki berusia 20-an itu datang ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk membuat laporan.

"Pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan terhadap lelaki itu bagi mengetahui punca kejadian," katanya.

Terdahulu, portal berita Harian Metro melaporkan polis memburu pemilik kereta yang dipandu lawan arus di laluan motosikal sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terbabit kemalangan, Rabu lalu.

Kejadian berlaku 4 petang apabila pekerja bank berusia 29 tahun menunggang motosikal dari arah Petaling Jaya menghala ke Putrajaya terlanggar tembok kiri di bahu jalan akibat mengelak daripada melanggar kereta yang melawan arus itu.

Video dirakam mangsa sebelum kejadian jelas menunjukkan pemandu kereta melawan arus di laluan motosikal secara tiba-tiba keluar dari terowong dan seterusnya menyebabkan penunggang terbabit hilang kawalan lalu terlanggar tembok sementara pemandu kereta meneruskan perjalanan.


== hmetro
 
Guna aplikasi navigasi punca masuk laluan motosikal

RAKAMAN video yang tular di media sosial. FOTO tular media sosial


PENGGUNAAN aplikasi navigasi dikatakan menjadi punca pemandu kereta Toyota Vios memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Sumber berkata, pemandu lelaki berusia 29 tahun itu adalah seorang anggota penguat kuasa.

Menurutnya, anggota itu dipanggil ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur untuk siasatan.

Terdahulu, portal berita Harian Metro melaporkan, Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu terbabit datang ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam kejadian 4 petang Rabu lalu, pekerja bank berusia 29 tahun menunggang motosikal dari arah Petaling Jaya menghala ke Putrajaya terlanggar tembok kiri di bahu jalan akibat mengelak daripada melanggar kereta yang melawan arus.

Video dirakam mangsa sebelum kejadian jelas menunjukkan pemandu kereta melawan arus di laluan motosikal secara tiba-tiba keluar dari terowong dan seterusnya menyebabkan penunggang terbabit hilang kawalan lalu terlanggar tembok sementara pemandu kereta meneruskan perjalanan.


== hmetro
 
Dah tahu salah masuk laluan motor, kemain bawak laju pulak tu. Lepas tu tak bukan nak tolong lepas mamat tu jatuh. blah macam tu je. mamat motor tu pun aku nampak laju jugak, kalau tak mungkin sempat brake.
 
ak mmg xpnh ride kt lane motor kt kl tp tgk pic vid ak bole assume lane tu sdri xselamat utk motosikal. cuma lorong kecik je. 2hala plak tu

ditambah plak klo ada babi
 
Babi jenis menyondol ni, ingatkan yang jenis pecut lintas jalan masuk belukar.
Agaknya kalau GPS tu suruh terjun sungai Kelang pun diturutnya jugak.
 
takkan sampai guna applikasi navigasi sampai masuk laluan motor...

agak-agak la kot alasan. jeng
o_O
 
ak mmg xpnh ride kt lane motor kt kl tp tgk pic vid ak bole assume lane tu sdri xselamat utk motosikal. cuma lorong kecik je. 2hala plak tu

ditambah plak klo ada babi

tu je yg terbaik kerajaan leh bagi..2 lorong tu sehala, lane kanan utk motong..
kecik2 lorong pn mmg biasa bwk laju..
sbb x pernah expect menatang putih tu keluar situ
 
Back
Top
Log in Register