BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ribut tiga minit ranapkan 50 rumah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Hilang keseluruhannya… bumbung salah sebuah rumah mangsa hilang dibawa angin kencang.
< 1 / 3 >
MANJOI – Kejadian angin kencang yang melanda Gugusan Manjoi selama tiga minit telah merosakkan lebih 50 rumah di Kampung Tengku Hussein Baru dan Kampung Sungai Tapah di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk di sepanjang Jalan Budiman, Jalan Muhibbah, Jalan Madrasah dan Jalan Bunga.

Angin kuat itu bukan sahaja menerbangkan atap rumah tetapi juga menumbangkan beberapa pokok di kawasan berkenaan sehingga menimpa rumah penduduk, tiang elektrik dan kenderaan.

Seorang mangsa, Mohd Khalid Mohd Tahir, 60, berkata, kejadian ribut itu berlaku ketika dia bersama keluarga merancang untuk mengadakan jamuan kecil-kecilan.

“Saya sedang bersiap-siap untuk membakar sate ternampak angin kuat menerbangkan bumbung jiran berserta bunyi benda pecah sebelum merempuh rumah saya.

“Melihat keadaan itu, kami anak beranak dan lapan cucu termasuk yang berusia sebulan menyorok dalam sebuah pondok kecil kerana bimbang dihempap bumbung rumah,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, kejadian kali ketiga itu disifatkan yang terburuk sepanjang 35 tahun menetap di kampung berkenaan dan hampir 70 peratus rumahnya musnah.

“Meskipun mengalami kerugian lebih RM5,000 kerana banyak peralatan rumah musnah termasuk barangan elektrik, saya bersyukur apabila tiada ahli keluarga yang cedera dalam kejadian ini,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zambri Kamaruddin, 59, berkata, dia yang tiada di tempat kejadian terkejut melihatkan kereta milik anak sulungnya pecah di bahagian cermin hadapan akibat dihempap bumbung rumah.

Katanya, dia turut bimbang atas keselamatan ibu mertuanya, Habsah Yassin, 86, yang tinggal keseorangan ketika kejadian.

“Saya baru pulang dari melawat isteri, Noraini Omar, 57, yang dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat denggi terkejut mendapati ramai orang berhimpun di luar rumah.

“Walaupun mengalami kerosakan bahagian bumbung, kereta dan pagar yang menyebabkan kerugian lebih RM15,000, saya bersyukur ibu mertua saya selamat,” katanya.


Bantuan segera akan diberi

Sementara itu, Adun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin yang turut melawat rumah mangsa dalam kejadian ribut berkenaan meminta penduduk membuat laporan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membolehkan bantuan segera dihulurkan.

“Bantuan segera akan kita lakukan termasuk membekalkan peralatan dan memasang semula bumbung mereka tetapi apa yang penting, mereka perlu melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

“Bantuan segera akan diusahakan segera bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang kehilangan tempat tinggalkan akibat kejadian ini,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register