kamal_kampong
Legendary Member

- Messages
- 18,222
- Joined
- Apr 30, 2007
- Messages
- 18,222
- Reaction score
- 1,372
- Points
- 201
SYDNEY: Angka kematian berikutan episod 'ribut petir asma' di Australia meningkat kepada enam dan tiga lagi dalam keadaan kritikal, kata pihak berkuasa hari ini ketika menilai kesan kejadian tidak pernah berlaku itu.
Empat mangsa, berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun, pada minggu lalu dikaitkan dengan fenomena cuaca luar biasa itu, menyaksikan ribut petir berkebetulan dengan kiraan debunga tinggi dan menyebabkan lebih 8,500 pesakit dimasukkan ke jabatan kecemasan hospital.
Kejadian aneh di negeri Victoria itu mencetuskan masalah pernafasan bagi penghidap asma.
"Sehingga kini terdapat enam kematian yang berlaku disebabkan keadaan berkaitan ribut petir asma pada Isnin. "Lima pesakit masih berada dalam unit rawatan rapi di hospital di Melbourne, dengan tiga dalam keadaan kritikal," kata jurucakap jabatan kesihatan Victoria. Dua belas lagi dirawat kerana menghadapi masalah pernafasan dan kesihatan lain.
Menteri Kesihatan Victoria, Jill Hennessy, pada Khamis berkata permintaan terhadap ambulans amat teruk sehingga pada satu ketika 'seolah-olah 150 bom akan meletup di seluruh kawasan tertentu di Melbourne.'
Kerajaan mengadakan penilaian menilai sejauh mana ia membahayakan dan perkhidmatan kesihatan boleh bertindak dan menguruskan kejadian itu dengan lebih baik. Kejadian berlaku apabila debunga rumput basah, terpecah kepada serpihan kecil dan memasuki paru-paru manusia, menyebabkan isu pernafasan dan pernah berlaku di Australia beberapa kali. - AFP
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217341