BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga Malam Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
53516c39f8f82a9f6457fae0a3a0c284676f86b90e26b


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ramalan cuaca buruk itu melibatkan Kulim dan Bandar Baharu di Kedah diikuti keseluruhan Pulau Pinang, Kerian, Manjung, Bagan Datuk serta Larut, Matang dan Selama di Perak; dan Pontian, Kulai serta Johor Bahru di Johor.

Amaran itu turut membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) di Sarawak serta Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau dan Kudat di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

 
Back
Top
Log in Register