BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ribut di Melaka pagi 11/08/2020

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
RIBUT | 6 Murid Cedera Siling Sekolah Runtuh

Sekurang-kurangnya enam murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Malim, Melaka, cedera selepas bumbung kelas di bangunan tiga tingkat sekolah berkenaan diterbangkan angin akibat ribut.

 
MELAKA 11/08/2020.

Keadaan ribut yang membadai sekitar Daerah Melaka pagi semalam.























































 
Last edited:
Ribut di Melaka





 
Banyak pokok tumbang dan kawasan sekolah musnah



 
Semoga urusan dipermudahkan atas perkara yang telah berlaku ini...ameen
 
33 kawasan di Melaka Tengah terjejas dilanda ribut

KEADAAN kenderaan yang rosak teruk akibat dihempap pokok susulan kejadian ribut yang melanda di beberapa kawasan di Melaka. FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN


SEBANYAK 33 kawasan dalam daerah Melaka Tengah terjejas selepas dilanda ribut dan hujan lebat, pagi tadi.

Selain kerosakan beberapa rumah penduduk terutama di bahagian bumbung diterbangkan angin, beberapa jalan utama serta jalan negeri turut terjejas apabila dihalang pokok yang tumbang.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Malim di sini turut rosak dilanda angin kencang, menyebabkan 28 murid Tahun Dua dan Tahun Lima mengalami cedera ringan terkena serpihan siling runtuh.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, antara kawasan terjejas adalah Taman Melaka Baru, Pulau Gadong, Pasar Borong Batu Berendam, Kampung Batu Berendam Taman Melaka Baru dan Jalan wangi.

Katanya, turut terjejas di Jalan Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Cheng, Klinik Desa Batu Berendam, Lebuh AMJ Pulau Gadong, Jalan Bachang - Batu Berendam dan Jalan Cheng, Taman Melaka Baru, Taman Malin Jaya dan Taman MGBM.

"Beberapa kediaman yang rosak dihempap pokok termasuklah di Kampung Bakar Batu, Taman Tanjung Minyak, Batu 4 Jalan Batu Berendam serta Taman Seri Mangga.

"Setakat ini, tiada laporan kecederaan penduduk akibat kejadian itu, tetapi saya boleh sahkan tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Effendy berkata, kerja pembersihan pokok tumbang sudah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak tengah hari tadi.

Katanya, bagaimanapun pihaknya sentiasa melakukan pemantauan di semua kawasan berkenaan bagi memastikan kegiatan harian orang awam tidak tergendala

"Saya berterima kasih kepada PBT serta orang ramai yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam kerja pembersihan itu," katanya.


== hmetro
 
Kejadian ribut di Melaka ciri-ciri Monsun Barat Daya

 
kuat juga ribut ni yer..

tempias dr negara mana ribut ni?..sbb selalunya yg mlysia kena tempias2 jer..
 
28 murid cedera sekolah dilanda ribut

791534.jpg


MELAKA - [DIKEMASKINI] Seramai 28 murid Tahun Dua dan Lima Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, di sini dihantar ke Hospital Melaka selepas mengalami kecederaan akibat dihempap siling sekolah yang runtuh dalam kejadian ribut di kawasan itu pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Abu Obaidat Mohamad berkata, insiden berkenaan pertama kali berlaku di sekolah berusia 82 tahun itu.

Menurutnya, ribut kira-kira 10 minit pada jam 10.17 pagi itu turut menyebabkan siling dan bumbung di empat bilik darjah di tingkat tiga Blok C diterbangkan angin sejauh kira-kira 50 meter dan serpihannya menyebabkan kerosakan bumbung di Blok B.

"Walaupun membabitkan tingkat atas bangunan namun bahagian bawah di tingkat dua turut terjejas.

"Kita meminta pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pemotongan bekalan elektrik untuk keselamatan," katanya ketika ditemui di sekolah itu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Dr. Mah Hang Soon dan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali turut melawat kawasan sekolah itu.

Mengulas lanjut, Abu Obaidat berkata, pihaknya menerima 36 panggilan kecemasan membabitkan kejadian ribut yang melanda sekitar kawasan Melaka Tengah.

Menurutnya, panggilan melibatkan kerosakan rumah, premis serta pokok tumbang selepas dipukul ribut dan daripada jumlah itu hanya lapan kes yang melibatkan mangsa namun kesemua mereka hanya mengalami kecederaan ringan.

"Pemantauan terus dilakukan di beberapa kawasan yang terjejas termasuk Cheng, Taman Merdeka dan Malim," katanya.

791535.jpg


== sinar harian
 
Back
Top
Log in Register