BTC USD 84,603.0 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riba

ustaz aku masa sekolah dah kata....

pembelian kereta dan rumah adalah terdesak..jadi riba mcm tu dihalalkan...:-?:-?:-?

skg nie ckuplah rumah buat berhutang...klau kereta nie turun nilai..esok tak puas beli lagi...
jadi ckp ustaz pasal beli kereta secara ade riba dah jadi halam...:D

Riba itu sangat serius.. sehingga dikhabarkan dlm khutbah NABI yg terakhir.. dan sehingga diistihar perang sekiranya siapa yang mengamalkannya... ADAKAH RIBA' itu perkara KECIK???

Bukankah ALLAH dah mengHARAMKAN riba'? kenapa kita pulak ubah sistem untuk menghalalkannya? dan mengatakan sekiranya DARURAT tidak apa? sebagai contoh makan daging ****?

apakata anda pahamkan apa itu darurat pastu baru pahamkan apa itu maqasid assyariah (maksud syariat)

kalaulah anda katakan ianya darurat sebab itu riba' boleh diambil.. bermaksud sekiranya anda tidak ambil riba' anda akan mati atau nyawa terancam(itulah darurat)
 
disebabkan maqasid syariyyah lar perbankan konvensional ni diislam kan dan riba itu jadi transparent

jual beli dalam islam kalo dilihat dari segi pinjaman bank measurement nya hanyalah akad... kalo diceritakan dari segi teori memang semuanya dapat dilandasan yang betul, baik dan halal.. hakikat reality tak sama dengan applikasi yang di jalankan secara live...

mana ada wujudnya konsep jualbeli antara bank dengan pembeli.... sumenya on paper jerk.. bank tidak menjual rumah pun pada hakikatnya kerana BANK tidak boleh memiliki ASSET policy by BNM...

sebab itulah bank mengeluarkan skim dinamakan daripada pinjaman(konvensional) kepada pembiayaan (islamik)

omongan kosong ja kalo dikatakan bank beli rumah dahulu pastu baru jual balik.. langsung tiada transaksi atau akad jual beli rumah dahulu antara bank dan syarikat pemaju... bank hanya orang tengah yang menjalankan pembiayaan kepada pembeli.. sebab itu gran rumah atas nama pembeli.. bank langsung tidak terlibat atas pemilikan rumah tersebut.. hanya semata2 bagi pinjaman duit sahaja...

AKAD yang wujud itu bukanlah pembelian jualbeli rumah.. tapi AKAD pembiayaan.. tiada beza langsung dengan AKAD pinjaman..

jangan ANDA tertipu dengan helah yang diwujudkan demi menghalalkan sesuatu..

kalo anda tidak percaya meh bawakan management account salah sebuah bank yang menunjukkan entry pembelian RUMAH dahulu... dari segi ledger debit dan kredit...

CUBA TENGOK TERM yang BANK GUNAKAN... KEMUDAHAN PEMBIAYAAN.. bank xde sebarang produk untuk dijualkan...

berhati2lah yer..anda mesti ada belajar detail fiqhiyyah, maqasid syariyyah.. tapi jangan tengok TEORI on Paper jerk.. lihatlah applikasinya... comply tak dengan REAL ISLAMIK...

pembiayaan n pinjaman berbeza.. n dlm konteks pembiayaan rumah konsep xsama dgn pembiayaan kereta..
 
pembiayaan n pinjaman berbeza.. n dlm konteks pembiayaan rumah konsep xsama dgn pembiayaan kereta..

term sahaja berbeza.. cuba bezakan dari segi aplikasi bagaimana???

saya agak kurang yakin hanya bergantung pada konsep sahaja...
 
bergantung pada iman masing2..sebab tu syurga itu ada 7 tingkat..

kalau yg lemah skit, demi kereta sanggup amik loan..nk buat camne kt hidup dlm dunia riba kan? klu yg iman kuat tu dia tinggal kan terus yg terang2 haram lagi kan yg syubhah
 
term sahaja berbeza.. cuba bezakan dari segi aplikasi bagaimana???

saya agak kurang yakin hanya bergantung pada konsep sahaja...

saya xdpt berikan cth aplikasi, tuan blh pergi ke perbankan islam, jumpa panel syariah, minta cth kertas kerja, n bagaimana ia diaplikasi dlm sistem sebenar.. saya pernah tgk sendiri cth, tp da bertahun gak la.. memang xbrapa nak ingat, pergi pun utk fieldwork, so xterlayan sgt pegawai syariah ngan kerenah student..
 
Rupanya anda tidak tahu bagaimana sistem islamik itu berfungsi dalam sistem konvensional.. xpe dah abes belajar nnti anda mintalah kerja BANK yer.. pstu tengok credibility panel syariah tu pulak.. ape scope of work dia... jangan sebut jer dari konteks teori.. omongan kosong jer semua tu.. malainkan ada sebahagian dari ahli panel syariah...

orang belajar mesir 7 tahun pun tak boleh khatam lagi maqqasid assyariah... sbb ini ilmu baru akhir zaman yang termasuk dalam konsep dururiat...
 
tuan pasti ilmu maqasid syariyyah ni ilmu baru?

yg sy sebutkan bkn teori, sy pernah tgk pembentangan n cth2 dokumen dr bank tu sendiri.. yg bljr mesir, jordan, sudan, libya 7tahun ni la yg mengajar sy maqasid syariyyah..
 
yg memang baru.. means ulama' dahulu yang draft.. sbb tu saya kata.. semua tu on paper sahaja.. seperti Legal Ownership vs Beneficial Ownership

kalo anda betul2 paham term dalam document, cuba huraikan soalan saya seperti post pertama...

wujud ke JUALBELI antara BANK dan PEMBELI???

takpun tengok yang ni paling lawak...

BBA - Malaysia & Brunei = HALAL
BBA - Middle East = HARAM

Pakar ilmu Usul Fiqh dan Maqasid Shariah, Imam As-Syatibi (wafat 790 H) mengatakan: Sesungguhnya riba adalah tempat penelitian yang kerap tersembunyi dari mujtahidin, dan ia adalah dari perkara yang paling tersembunyi serta kurang jelas maknanya sehingga ke hari ini - Al-Muwafaqat fi Usul Al-Ahkam, tahqiq Muhydin Abd Hamid, 4/42
 
yg memang baru.. means ulama' dahulu yang draft.. sbb tu saya kata.. semua tu on paper sahaja.. seperti Legal Ownership vs Beneficial Ownership

kalo anda betul2 paham term dalam document, cuba huraikan soalan saya seperti post pertama...

wujud ke JUALBELI antara BANK dan PEMBELI???

Secara mudahnya BBA berfungsi mcm ni; bila seorg pelanggan ingin membeli sebuah rumah berharga RM 200k, maka dia akan byr sejumlah wang kpd pemaju sbg booking n kemudian byr 10 % pula kpd pemaju sbg deposit..

then, berbekalkan S&P agreement antara pembeli dan pemaju, maka pelanggan akan mula mencari bank Islam yang blh memberikan pembiayaan perumahan.. lpas menepati seluruh syarat2 yg ditetapkan oleh pihak bank, bank bersetuju utk membeli rumah itu daripada pelanggan td dgn harga RM 180k(iaitu sama jumlahnya setelah di tolak deposit) dgn bayaran tunai.. so, rumah itu akan menjadi milik bank dan tanda pemilikan bank ke atas rumah itu adalah melalui 1 surat ‘declaration of trust' n sebuah ‘charge' sebagai tanda hak bank ke atas rumah tersebut.. tp nama pemilik atas geran x ditulis nama bank sbab ni bukan syarat dlm pemilikan Islam n hanyalah bersifat urusan rasmi ‘formality'.. lpas pemilikan ni sah di sisi undang2 negara n diiktiraf oleh syariah, maka pihak bank Islam akan menjualkan rumah (yg telah dibelinya td) itu kpd pelanggan yg sama dgn harga baru ( merangkumi modal beserta kadar keuntungan yang di tetapkan) iaitu RM 350k yg blh dibayar oleh pelanggan secara ansuran bulanan selama 25 tahun atau lebih, bergantung kepada perjanjian..
 
Last edited:
takpun tengok yang ni paling lawak...

BBA - Malaysia & Brunei = HALAL
BBA - Middle East = HARAM

mereka bkn kata haram, tp xterima kaedah bba secara pandangan panel syariah malaysia, sbab mereka guna konsep musyarakah mutanaqisah.. malaysia guna konsep bai' inah n bai' muajjal yg digabung menjadi bai' bithaman 'ajil
 
Back
Top
Log in Register