BTC USD 86,288.9 Gold USD 4,182.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riba Jenayah Riba

zammmm

Super Active Member
Messages
8,242
Joined
Oct 10, 2010
Messages
8,242
Reaction score
415
Points
86
mendengar istilah riba,rata2 kita menganggapnya suatu perkara yg biasa dan lumrah,malah mungkin ada yg berangapan riba adalah perlu utk meneruskan kehidupan seharian dengan urusan pembelian rumah,kereta,segala pinjaman dari bank2 konvensional,pinjaman pelajaran,perniagaan dan lain2.hakikatnya riba itu adalah suatu jenayah level tinggi kerana Allah dan RasulNya mengishtiharkan perang kpd golongan yg mengamalkan riba ini.

apa kaitan riba dengan jenayah?

dalam islam,riba dilihat sebagai suatu bentuk kezaliman.kerana itulah riba diharamkan baik kepada pihak yg memberi atau kpd pihak yg menerima juga kpd yg mencatatkan transaksi dan yg menjadi saksi kpd urusan tersebut. ingtlah,apabila kita terlibat dgn riba bermakna kita telah mengambil hak org lain secara tidak syari'e.(Allah melaknat golongan ini)

perincian.

berbalik kpd amaran keras oleh Allah swt dan Rasullullah saw,ini semua tentang keberkatan.mungkin ada yg meletakkan istilah darurat sebagai talian hayat bg menghalalkan riba ke atas mereka,namun amat jelas darurat itu mngandung beberapa syarat,diantaranya adalah apabila melibatkan nyawa,adakah sebarang ancaman terhadap nyawa kita apabila kita tidak terlibat dgn riba? jd amat jelas dlm permasalahan ini kita tidak boleh sewenang2 nya meletakkan keadaan darurat sbgai alasan utk terlibat atau terus melibatkan diri dgn riba.sekiranya kita tidak mengambil berat tentang ancaman besar ini,maka dimanakah letaknya keberkatan dlm hidup kita?

1. Kehilangan berkat harta dan kehidupan.(al-Baqarah:276)
2. Seperti berzina dengan ibu bapa sendiri. (ibn majah)
3. Lebih berat dari 36 kali zina. (Riwayat Ahmad & Darulqutni)
4. Salah satu dari 7 dosa paling besar. (Riwayat Bukhari & Muslim).

kurangnya keberkatan bermakna kita mempunyai mslh yg besar dgn Allah.inilah saat2 yg di idam2kan oleh iblis dan sekutunya. apa terjadi kpd rezki kita? apa terjadi kpd keluarga dan keturunan kita? apa jd kpd segala amal ibadah kita? segalanya tercalar teruk dik kerana riba!!! jgn tanya mengapa hati kita selalu gelisah,jgn tanya mengapa rezki yg melimpah ruah seolah2 tidak mencukupi,jgn tanya mengapa tiada khusyuk/kemanisan dlm amal ibadah kita..segalanya telah terjawab jika kita masih terlibat dgn riba..nauzubillah... jadi kita sudah tahu mengapa manusia sanggup melakukan jenayah walupun tahu itu adalh suatu kesalahn,maka tak perlulah sy huraikan seterusnya.

demi Allah,sesungguhnya keberkatan dan redha Allah swt merupakan perisai utama kita sebgai umat islam,jgn lah kita pandang remeh isu ini.sesungguhnya kpd Allah lah kita memohon perlindungan.jgnlah kita ketepikan amaran2 Allah hanya kerana kehendak dunia semata2.sanggupkah kita menjadi kayu api neraka hanya kerana nikmat dunia yg tidak seberapa? tepuk dada,tanya lah iman kita...wallahulam...

FAQ

1- kat mana nak simpan duit kalau sume bank pun terlibat riba?

Menyimpan tidaklah menjadi kesalahan(bkn riba).kita boleh simpan duit dimana2 bank dlm dunia,tetapi hanya ambil hak kita sahaja,jika ada dividen atau sesuatu yg bukan hak kita,maka jgnlah diambil atau ambil dan salurkanlah kpd baitulmall atau berikanlah kpd sesiapa yg dirasakan perlu.ingt,itu bkn hak kita,hak kita adalah apa yg kita simpan sahaja.

2- cmana nak beli kenderaan dan rumah yg menjadi keperluan hidup? bkn saje2 nak beli utk menunjuk pun..

utk permulaan boleh lah bersabar utk mengumpulkan duit utk membeli kenderaan mengikut kemampuan kita secara cash samada kenderaan baru atau seken hand,asalkan masih elok dan masih boleh digunakan,itu sudah memadai.mungkin harga rumah mahal,tetapi kita masih ada pilihan untuk membina rumah sendiri atau menyewa.tp sampai bila nak menyewa? jwbnya sampai kita diberi kemampuan oleh Allah swt...anggaplah ini sebgai ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepada NYA.insyaAllah,amat2 berbaloi,bkn sahaja didunia,malah diakhirat kelak.

3- Yuran belajar skrg mahal,tak kan kita tak boleh belajar sbb tak mampu bayar cash dan tak mau buat pinjaman pelajaran yg terlibat riba majoritinya?bagaimana pula utk memulakan perniagaan jika xmau buat pinjaman modal dari bank2 yg terlibat riba juga majoritinya?

dunia masih belum kiamat.masih ada penyelesaian nya. dlm bab pendidikan,pihak baitulmal boleh bantu,jika berlaku kerenah birokrasi,dapatkanlah bantuan dari ahli keluarga,saudara mara dan sebgainya.adakah kita malu utk mengelakkan diri drpd riba? sepatutnya kita malu untuk terlibat dgn riba..sepatutnya kita rasa terhina kerana balasannya adalah didalam neraka selamanya... sama level mcm org kafir dah.begitu juga dengan perniagaan,mintalah bantuan dari badan2 islam,atau kita boleh dpatkan penajaan dari badan2 korporat dan sebagainya.mungkin ramai yg ketawa dgn cdgn ini merasakan mustahil walhal masih belum mencuba. berikanlah sebab yg munasabah untuk pihak2 berkenaan mempercayai kita dan memberikan pinjaman modal/pembiayaan tanpa riba.Rezki kita Allah yg tentukan.Allah akan bantu kita insyaAllah...

4- fuhh...dah berkoyan2 duit riba dah telan,byk lagi baki dlm bank tu...nak buang ke sume?

bertaubatlah!!! ambil hak kita sahaja.selebihnya boleh disalurkan kpd badan2 yg septtnya sprti baitulmal,rumah anak yatim dan lain2,asalkan bukan kita yg menggunakan nya.bagi yg masih terlibat dlm pinjamn sebagai cth,boleh bayar semua sehingga habis dan jgn diulangi lagi.mintalah keampunan kpd Allah dan mohon supaya diberi kekuatan utk membersihkan diri dan punca rezki dari unsur2 riba.jika tak mampu buat semua,buat lah apa yg termampu.sesungguhnya Allah swt maha mengetahui...insyaAllah pasti ada jalannya..

5- aku tak kire,ni sume jihad ekonomi,wat la cmana pun,riba xkan terlepas punye...aku lebih rela kaya dan dipandang mulia dari miskin dan dipandang hina!!!

terpulanglah...Islam mengajar kita,niat tidak pernah menghalalkan cara,walupun untuk tujuan yg baik.sekali lagi..ini semua dunia sementara,apa guna dipandang mulia oleh manusia sedangkan Allah memandang kita dgn jijik ??? jika cenderung mencari yg semntara silakan,asalkan ada usaha pasti ada kejayaan.masakan Allah memberi rezki yg melimpah ruah kpd org kafir? tetapi yg membezakan kita dgn mereka adalah kasih syg,rahmat,redha dan keberkatan dari Allah... adakah Rasullullah saw tidak boleh memohon kekayaan yg melimpah ruah dari Allah melebihi kekayaan org kafir? cuba lihat apa yg tersirat disebalik apa yg cuba disampaikan oleh Rasullullah... menjadi kaya tidak salah,tetapi pastikan dgn cara yg betul dan syari'e... mencari yg kekal abadi adalh lebih utama...namun terserahlah kpd penilaian dan iman masing2.taqwa adalah jwpn yg plg tepat bg menjawab segala permasalahan.

akhir kata,jutaan ampun dan maaf sekiranya terdapat keslahn atau sesuatu yg mengguris hati,jika silap tolonglah tegur sy dan betulkan lah apa yg pt...yg baik itu dtg dari Allah,yg buruk itu kelemahan diri sy sendiri dan akan cuba diperbaiki dari masa ke semasa...sekian...:)cgrock
 
Ada kete buruk sebuah beli cash. Kete sebuah lagi loan tinggal 3 tahun je lepas tu rasanya dah tak nak berhutang.

Tapi yg sorang lagi nak tukar kete tu kepada kereta yg lebih baru dan best lagi, untuk upgrade imej sebagai seorang businessman..

Rumah belum beli, cadang nak beli cash mana2 tanah yg masih murah dan berdikit-dikit buat rumah. Tapi yang sorang lagi bercadang nak apply loan untuk beli terus rumah member yg sedang dalam pembinaan. Buat apa tunggu2, boleh apply loan dan dapat rumah sebiji, apply je la..

Cadang tak pakai dah credit card. So far ada 2 keping yg banyak membantu bila cash inflow zero. Credit card penting, tak boleh tinggal..

Lepas ni nak terminate overdraft facility kat bank. Tapi itu kan kemudahan berniaga. Business ni bukan dapat payment on time. Overdraft sgt penting apabila cash inflow zero. Kalau takde overdraft, sebelum ni pinjam kat Ah Long. Riba jugak.

Tambahan pula, ia baik untuk profile company. Company yg ada banyak bank facilities lebih nampak meyakinkan berbanding yg tiada.

Urusniaga jika boleh tak nak libatkan bank. Sekadar simpan duit dan withdraw duit. Tapi projek2 besar mewajibkan apply bank gerenti. Bank Gerenti tu akan convert menjadi fixed deposit. Bila contract selesai baru boleh claim semula amount Fixed Deposit tu beserta faedahnya. Mana2 contract pun mewajibkan bank gerenti.

Mcamana nak tinggalkan bank?
 
takde minta sape2 tinggalkan bank,cuma nasihatkan diri sendiri dan sedara seislam supaya tinggalkan riba untuk jamin kedudukan kita dihadapan Allah kelak...mcmana? dgn taqwa... takutlah kita kpd seksaan Allah swt(riba-kekal dlm neraka). tapi jika fikir keduniaan ini lebih berbaloi berbanding janji Allah kelak...sila lah teruskan...xde sape nak halang...masing2 ads hak untuk berfikir dan membuat keputusan:)cgrock
 
kalau loan islamic banking ada riba jugak?
 
takde minta sape2 tinggalkan bank,cuma nasihatkan diri sendiri dan sedara seislam supaya tinggalkan riba untuk jamin kedudukan kita dihadapan Allah kelak...mcmana? dgn taqwa... takutlah kita kpd seksaan Allah swt(riba-kekal dlm neraka). tapi jika fikir keduniaan ini lebih berbaloi berbanding janji Allah kelak...sila lah teruskan...xde sape nak halang...masing2 ads hak untuk berfikir dan membuat keputusan:)cgrock

Sememangnya ini adalah jawapan cliche. Tapi tidakkah Tuan hairan bagaimana seberapa banyak orang sedar akan hakikat riba, tetapi tiada yg menawarkan jalan penyelesaian yg lebih baik selain daripada penyelesaian yg Tuan berikan di atas?

Saya tau ramai ulama yg berpengaruh bercerita mengenainya. Tetapi tiadakah inisiatif di kalangan mereka menyediakan altenatif lain yg lebih baik untuk kita sama2 mengelakkannya?

Jalan penyelesaian mmg semua boleh bagi, tapi tidak semua yg sanggup berjihad untuk menyediakan alternatif yg lebih baik supaya orang ramai mudah meninggalkan riba.

Apa kata Tuan jika Tuan memulakan suatu kumpulan di mana masing2 boleh membantu sesama sendiri supaya masing2 dapat mengelakkan dari riba?

Jika jihad Tuan cukup kuat, Insya-Allah dapat diperbesarkan kumpulan Tuan.

Saya selalu memikirkannya tetapi saya tidak dapat melaksanakannya. Kerana saya bukan siapa2 orang nak dengar cakap saya.

Jika Tuan seorang yg berpengaruh, eloklah Tuan mulakan sesuatu. Orang yg berpengaruh selalu mudah mempengaruhi orang lain supaya mengikutnya..
 
islamic bank pon ada riba
so tak wujud la islamic bank kat dunia nie?
 
Sememangnya ini adalah jawapan cliche. Tapi tidakkah Tuan hairan bagaimana seberapa banyak orang sedar akan hakikat riba, tetapi tiada yg menawarkan jalan penyelesaian yg lebih baik selain daripada penyelesaian yg Tuan berikan di atas?
maksud lebih baik itu terpulang kpd individu... mungkin ada antara kita yg mampu buat yg lebih baik lagi bergantung kpd kemampuan masing2...adakah maksud lebih baik itu menyamai sistem kapitalis atau bagaimana? sbenarnya islam telah sempurna(terbaik) even dlm ekonomi(muamalah) melalui peranan baitulmal yg menjaga keseluruhan ekonomi umat islam.tetapi semua itu dinafikan oleh musuh2 islam termasuklah org islam sendiri,inilah yg berlaku diakhir zaman,janji Allah itu pasti.ini adalah usaha yg xseberapa je... mungkin langsung tiada kesan kpd org lain...tp Allah maha mengetahui.

Saya tau ramai ulama yg berpengaruh bercerita mengenainya. Tetapi tiadakah inisiatif di kalangan mereka menyediakan altenatif lain yg lebih baik untuk kita sama2 mengelakkannya?
penyelesaian tak perlu dicari sebenrnya...segalnya telah terbentang didepan mata,soal mahu atau tidak je.lebih mudah dilakukan dgn penyatuan ummah.jika umat islam bersatu hati meninggalkan riba,pasti akan lebih memudahkan...tp aku xkisah walau pun org xnak apa ada hal...:D yg penting usaha:)

Jalan penyelesaian mmg semua boleh bagi, tapi tidak semua yg sanggup berjihad untuk menyediakan alternatif yg lebih baik supaya orang ramai mudah meninggalkan riba.
Rasulullah bersabda,
“Barang siapa melihat kemungkaran di antara kamu, ubahlah dengan tanganmu. Jika tidak mampu, ubahlah dengan lisanmu. Dan jika tidak mampu juga, ubahlah dengan hatimu, dan hal itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.”
ikut kemampuan kita..insyaAllah pasti ada jalan nya...:D
Apa kata Tuan jika Tuan memulakan suatu kumpulan di mana masing2 boleh membantu sesama sendiri supaya masing2 dapat mengelakkan dari riba?Jika jihad Tuan cukup kuat, Insya-Allah dapat diperbesarkan kumpulan Tuan.Saya selalu memikirkannya tetapi saya tidak dapat melaksanakannya. Kerana saya bukan siapa2 orang nak dengar cakap saya.
bgs cdgn ni,tp untuk pengetahuan,kita ni mmg dlm 1 kumpulan...asalkan nama nya muslim kita adalah 1...jd peranan kita adalah utk nasihat menasihati dan bantu membantu sesama kita...itu perkara asas dlm islam sebenrnya...cuma kita nampak asing sbb budaya kapitalis(something for profit) ni dah mula jd darah daging kita,semua ini akan dipertanggungjawabkan ke atas kita kelak...'siapa saudara mu' jika muslimin wal muslimat jwbnya,apakah yg kita telah lakukan,sedang lakukan dan akan lakukan untk bela nasib sesama kita? so bersedialah...

Jika Tuan seorang yg berpengaruh, eloklah Tuan mulakan sesuatu. Orang yg berpengaruh selalu mudah mempengaruhi orang lain supaya mengikutnya..
aku bkn sape2 bro... ni je kemampuan aku,xde niat nak pengaruhi sesape pun,sekadar peringtan buat diri dan sedara seislam aku je...nanti dlm kubur sng nak jwb..:D akan dtg xtahulah.. hanya mampu berdoa dan bertawakkal...selebihnya urusan Allah...

adoi,jgn le panggil aku tuan...rase kembang lak..:))
 
islamic bank pon ada riba
so tak wujud la islamic bank kat dunia nie?

dlm islam bank dinamakan sebagai baitulmal,dlm baitulmal ni dah complete...tp dinafikan oleh puak2 kuffar setelah kita dijajah,maka mereka menerapkan kapitalis dlm minda pemimpin2 kita sekaligus menolak sistem ekonomi islam. now org kafir xperlu ugut2 kita,sbb org islam sendiri dah nafi islam itu sendiri...so kita buatlah apa yg termampu..Allah maha mengetahui..insyaALLAH we find a way..:)paid
 
Back
Top
Log in Register