BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rezeki Si Kudung

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
27.12.2018 - Sungai Buloh, “SETAKAT ini penerimaan pelanggan amat baik, cuma majoritinya akan bertanya bagaimana saya menunggang motosikal dengan tangan kudung.

“Mungkin mereka tidak menyangka saya boleh melakukannya,” kata Syed Mohd Syahrain Syed Fadzin, 24 .

Syed Mohd Syahrain mendapat pujian netizen selepas seorang pengguna Twitter berkongsi rasa kagumnya terhadap pemuda berkenaan yang memperoleh pendapatan RM600 hingga RM800 seminggu hanya dengan bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa.

Lebih menarik perhatian apabila Syed Mohd Syahrain dapat melakukan pekerjaan itu walaupun kedua-dua tangannya kudung selepas terkena bom di hadapan Penjara Sungai Buloh, Selangor ketika berumur sembilan tahun pada 2003.

“Ketika itu saya bermain di hadapan kawasan Penjara Sungai Buloh dan menemui satu objek. Saya tidak sangka ia adalah bom yang masih aktif.

“Saya pegang objek berkenaan dan ia meletup menyebabkan kedua-dua tangan saya hancur,” katanya.

Menurutnya, dia bekerja dengan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda sejak tiga minggu lalu dan bersyukur kerana diterima baik majikan serta rakan sekerja walaupun mempunyai kekurangan fizikal.

Katanya, sebelum ini dia bekerja sebagai penghantar alat tukar ganti kenderaan, tetapi nekad berhenti selepas enam tahun melakukan pekerjaan itu kerana mahukan kerjaya yang memberi pendapatan lebih baik.

“Ketika dipanggil untuk sesi temu duga, saya agak keberatan untuk hadir kerana bimbang jika tidak diterima bekerja.

“Malah, saya turut menceritakan keadaan sebenar kepada majikan untuk makluman mereka dan mujurlah syarikat terbuka menerima saya sebagai kakitangan walaupun berstatus orang kurang upaya.

“Setakat ini saya tiada masalah menghantar makanan kepada pelanggan kerana sudah biasa menunggang motosikal, malah seronok kerana mendapat gaji mingguan sehingga RM800 dalam seminggu,” katanya yang menetap di Kampung Merbau Indah, Sungai Buloh, Selangor.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, peluang dan kepercayaan diberi majikan tidak akan disia-siakan sebaliknya dia berazam bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

“Saya bersekolah sehingga tingkatan empat saja dan selepas berhenti, saya mula berdikari dengan bekerja sebagai pencuci kereta selama dua tahun sebelum menjadi penghantar alat ganti kenderaan dan kini penghantar makanan.

“Semua itu dilakukan kerana saya mahu mendapatkan duit dengan hasil titik peluh sendiri supaya dapat meringankan beban keluarga terutama nenek, Ramlah Anang yang membesarkan saya.

“Tak sangka pula apa saya lakukan ini mendapat perhatian netizen dan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

“Saya harap ia memberi inspirasi kepada masyarakat terutama komuniti OKU di luar sana,” katanya.

HM271218MU052-HM271218MU054_1545919447.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2018/12/406529/rezeki-si-kudung
 
bagus syarikat ni bagi peluang kat OKU. kalo nak ikut.. kecekapan bawak moto tu...
dgn kekurangan yg adik ni ada... silap2 gaya sekali pandang blh kn reject time minta kerja..
tahniah bro... semoga dipermudahkan segala urusan...
 
aku pernah jadi runner spare part...ngan fizikal takdak cacat nih pun agak susah kalu kena time bawak driveshaft kaa.. steering rack kaa...

moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki
 
dulu bwk 125z tu moto clutch. ada vid die siap wheelie. dulu2 penah msuk awani kena tgkap merempit. ak sure org yg sama. 125z merah. naik pelik polis tgk die
 
Last edited:
kesiannye.. kena bom masa kecik. :(
sapa la letak bom merata2.

insaf rasa tgk org kelainan upaya wat keje.
sykur.

majikan dia terbaik.
 
Back
Top
Log in Register