balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Nelayan pesisir pantai, (dari kiri), Ramli, Omar dan Mustafa menjahit pukat mereka yang koyak selepas tidak turun ke laut.
< 1 / 1 >
DUNGUN - Keadaan laut bergelora dengan ombak setinggi 5.5 meter berserta angin 60 kilometer sejam menyukarkan nelayan turun ke laut.
Tinjauan di Kampung Balik Bukit mendapati lebih 50 nelayan sudah lama melabuh dan menaikkan bot mereka ke darat.
Omar Abdul Rahman, 58, berkata keadaan laut bergelora dan angin kuat sukarkan mereka tangkap ikan.
“Sudah dua minggu kami tidak turun ke laut kerana bimbang bot kami karam atau pecah akibat dihempas ombak ke batu,” katanya.
Mustafa Ibrahim, 67, berkata mereka biasanya peroleh pendapatan harian antara RM100 hingga RM200, kini hilang punca pendapatan.
Ramli Muda, 46, berkata mereka dijangka dapat turun semula ke laut sekitar Februari tahun depan.
“Ketika tidak dapat turun ke laut, kami gunakan masa ini untuk membaiki pukat, bot serta beberapa peralatan lain bagi digunakan kembali bila keadaan mengizinkan,” katanya.
Namun mereka bersyukur kerana peroleh bantuan sara hidup RM200 daripada kerajaan untuk hadapi keadaan sukar seperti ini. - Bernama