BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rezab Selangor cecah RM3 bilion

tapailepat

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
647
Joined
May 6, 2013
Messages
647
Reaction score
0
Points
10
Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab kerajaan negeri terus meningkat dari RM2.7 bilion sebelum ini kepada hampir mencecah RM3 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, wang rezab itu kemudiannya akan diuruskan mengikut satu garis panduan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2014 pada bulan November nanti.

“Dalam Belanjawan November nanti, kita akan terangkan bagaimana kita mentadbirkan rezab negeri, bagaimana penggunaannya jika perlu.

“Hanya lima tahun lepas kita asyik sibuk memastikan simpanan kita terkumpul, baru kali ini kita dah ada simpanan terkumpul dan sekarang kita boleh buat beberapa program menggunakannya dengan lebih tertib dan lebih efisyen,” katanya dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Shopping Bantuan Raya di Pandamaran, Klang semalam.

Ujarnya, pada ketika ini kerajaan negeri tidak menetapkan sasaran jumlah tertentu yang perlu ada dalam rezab negeri sebaliknya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

“Terpulang pada keadaan ekonomi negeri, kalau ekonomi meningkat, hasil negeri meningkat dan tentulah simpanan negeri dipertingkatkan.

“Ekonomi ini ada turun naik, kalau ekonomi turun kita boleh gunakan rezab ini untuk menolong Kerajaan Negeri dalam pentadbiran,” ujarnya yang juga Adun Pelabuhan Klang.
 
nasib baik puak toyol tak menang kt selangor :D
 
seb baik selangor dipegang oleh org yg pandai urus duit... terbaik....
 
ni blh menaikkan kemarahan puak2 BN
 
ini semua tipu.. umno dah tinggalkan duit kat selangor berbilion2 dollar.. wakakkaa... PR suka menghabiskan duit rakyat.. rasuah sini sana.. beli condo2.. sikit pon x pikir org selangor.. mmg kurang cerdik sbb bagi PR pegang.. klu x mesti ade produk 1selangor br1m selangor dan mcm2 utk rakyat selangor.. mmg x bersyukur la org selangor ni.. wakakakaka..
 
ni mesti campurtangan pihak luar ni bagi dana kat selangor.. wakakakakak... kak mah mesti berbuluuu dengar duit selangor da byk... wakakakaaka
 
klu dpt kt toyol ni...tggl 100juta je la utk selangor..lain mkn kt die..wakakakka
 
Back
Top
Log in Register