BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Result Lepas Pasang H20 Cikgu

info dari mmbr forum sebelah

info yg aku dapat setelah 2 hari melepak kat masjid hijau, bangi.
- mende alah 'elektrolisis' tu berbentuk 'canister'
- masih x menggunakan EFIE tu, tp bypass sensor (MAP,O2 dll) and guna variable resistor.
- canister tu kena tegak takleh melintang.
banyak mende sbnrnye aku nk tanye pada cikgureza tp sibuk je layan org, kesin lak aku tgk, tak jd la tanye...

- wira 1.5 (EFI) kat ipoh dpt ~67-69% penjimatan.
- saga (brape cc tah) (carburator) dpt 18% penjimatan, tadi lupe nk tanye ape perubahan.
- kancil enigma 660 (carb) dari 40sen per km dpt 16sen per km. (gile makan petrol keta ko nih, lebih dr perdanaV6 aku)
- wira 1.5 (EFI) dpt 61~65% penjimatan.
- pajero 2.5 kot.. pasang 2 canister, RM2.40 dapat 42km. (gilo..)
- waja campro ezamx dari RM0.25 per km ke RM0.42 per km ke RM0.20 per km.
 
biar betiq bro..

kancil aper tuh..sampai 40sen/km..

lapau benau kancil ko nie..
:o

hehehehe... ni ada logik gak.. sbb dia lenjan naik bukit putus tu .. tetau jer laa bila naik bukit ni minyak mmg ler kuat skit ditelan... tu pun dia kata dia mmg ulang alik hari hari ikut bukit putus
 
malam ni ade la testis2 tuh..

eboss!hang ade no tepon kastemer yg dh pasangkan? kasi gertak la sket soh kasi testis memasing kt sini..

takut bila dh jimat petrol lupa diri dah..xingat dh nk update kt sini..

no tipon semua dah ada. ada gak yg aku dah call. Aku plan 2 minggu lagi nak kumpul semua yang dah pasang. Nak kumpul info penjimatan dan masalah produk cikgu nie. Lebih baik nak buat CLUB HYDROGEN baru kukuh dan boleh support cikgu sampai jadi usahawan H20

p/s: singo_lapar has exceeded their stored private messages quota and can not accept further messages until they clear some space
 
Pd aku memang berbaloi kalau korang pasang alat nie pd keta.

Aku baru je lepas validate satu produk demo HHO (sama cam cikgu reza punya) pd enjin diesel motorbot. Naik berpinau kapla aku satu hari dok dlm bot.

Hasil dari demo tu... fuel saving dpt dlm 25%.
 
Pd aku memang berbaloi kalau korang pasang alat nie pd keta.

Aku baru je lepas validate satu produk demo HHO (sama cam cikgu reza punya) pd enjin diesel motorbot. Naik berpinau kapla aku satu hari dok dlm bot.

Hasil dari demo tu... fuel saving dpt dlm 25%.

Nanti kita jumpa. aku tengah sibuk urus menda alah nie pula. nak kasi produk kau tu. kalau kena produk nie gerenti ilang kapla kau yang berpinau tu. cerah masa depan

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek:
 
Nanti kita jumpa. aku tengah sibuk urus menda alah nie pula. nak kasi produk kau tu. kalau kena produk nie gerenti ilang kapla kau yang berpinau tu. cerah masa depan

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek:

pakai tu nanti musti air x blh nak jimat dah bro! :eek: :eek: :eek:
 
testimoni dah menarik..ak tunggu masa je ni..nak tt dgn cikgu reza
 
Off topik,
tiada kena mengena dengan Hidrogen Generator,
tapi ada kena mengena dari segi setting penjimatan...

Ini prestasi kereta 4 wheel drive saya:
-1.3 cc
-automatic
-injection type
-petrol (shell & caltex) 2 jenama ini aje aku pilih

Pada kereta saya ini,
tidak ada sebarang modifikasi,
melainkan pemasangan SURBO (RM 140.00) ,
SURBO ni aku pasang sebelum air filter.

================================================================
Jenama Bahan Api:
Petrol SHELL ---> FULL TANK RM 124.20 boleh pergi 530 kilometer average
Petrol CALTEX --> FULL TANK RM 124.20 boleh pergi 510 kilometer average
Petrol Petronas ---> FULL TANK RM 124.20 boleh pergi 450 kilometer average
================================================================


Keadaan ujian:

-jalan rata
-air cond aktif
-radio aktif
-rpm maintain 3,500 pusingan per minit
-cuaca panas (kalau mendung lagi jimat, malam lagi jimat)

Sebelum pemasangan SURBO ---> 1 kilometer = RM 0.30
Selepas pemasangan SURBO ---> 1 kilometer = RM 0.23

Dengan ciri2 kereta di atas,
saya pilih jenama SHELL & CALTEX untuk isi minyak dalam tangki.

================================================================

Untuk memasang Hidrogen di kereta yang dikawal komputer [E.F.I.],
saya tak galakkan pasang, kerana risiko :(( ada,
kerana kita kena cari peratusan % kadar ambilan oksigen,
kadar udara, dan kadar molekul bahan api untuk masuk setiap 1 saat,
ianya dikawal sepenuhnya oleh papanlitar elektronik,
jadi,
setiap kereta (gear automatik),
lain jenama, lain setting,
lain CC --> lain setting,
cc atas 2000, lagi banyak nak adjust,
kalau salah adjust, minyak makan banyak,
dan mendapan petrol PASTI berlaku di dalam ruang pembakaran,
pickup akan jadi slow,
dan sistem elektrik akan down,
lampu pada malam hari akan jadi malap,
brek tak cengkam,
steering gear akan jadi berat,
semuanya kerana kekurangan hasil elktrik dari pusingan enjin,
kerana enjin lack of power,
akibat sistem pembakaran yang tak lengkap,
hasil setting2 yang diganggu pada E.F.I. ,
so,
pemasangan untuk enjin yang jenis injection,
amatlah tidak digalakkan,
kerana,
kalau anda gagal mencari setting yang paling tepat,
sekiranya teori saya di atas tepat,
anda akan dapati,
minyak enjin anda akan hitam dalam masa 1 hari,
walaupun minyak hitam kereta anda baru tukar petang semalam,
kenapa ? kerana pembakaran tidak lengkap,
akibat hasil penjelasan di atas itu...

BERBEZA DENGAN SISTEM KARBURATOR,
IAITU ---> ENJIN GEAR MANUAL,
AMATLAH SESUAI DIPAKAI [HIDROGEN],
POMEN KEDAI TERUTAMANYA YANG ARIF,
PASTI TAHU KENAPA...
---> beruntunglah kepada pemilik kenderaan yang pakai enjin karburator

================================================================

Kesimpulan,
prestasi pacuan 4 roda saya yang ber-CC 1.30 ,
Tangki Penuh = 46 liter = RM 124.20
selepas diuji sehingga habis kosong tangki minyak,
pengiraan sebanyak 5 kali, membuktikan yang:

RM 0.23 = 1 kilometer,
RM 124.20 = 500 kilometer ++
kena ambik nota juga,
kereta 4 wheel drive ni BERAT,
pun dah jimat...


jadi,
kalau kereta anda tak dapat challenge rekod di atas,
itu tandanya setting kereta anda belum sempurna,
produk hidrogen ni sebenarnya memang menjimatkan,
tapi selagi tak jumpa setting betul,
anda sebenarnya dalam kerugian...

Sekiranya kereta anda 1.6 dengan vvti atau dvvt ,

jenama honda atau toyota,
normally boleh pecah rekod di atas,
walaupun ccnya anda tinggi...


REKOD:
Rekod 4-Wheel-Drive di atas hanyalah STANDARD, (pasang SURBO aje),
tanpa pemasangan Hidrogen,
sebab tak dapat jumpa setting paling tepat untuk E.F.I. [kalau nak pasang Hidrogen],
tapi still dah jimat...
==============================================================

Keputusan di tangan anda,
saya bercerita begini,
kerana saya adalah ahli uji bahan api,
selain trading online...

Nak jimat minyak,
pakai Shell atau Caltex,
rpm bawah 4 ribu,
atau speed bawah 90km/j
insya Allah,
jimat banyak...

Fikir2kan ya...
Wassalam.
 
Back
Top
Log in Register