BTC USD 83,988.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Result Lepas Pasang H20 Cikgu

Off topik,
tiada kena mengena dengan Hidrogen Generator,
tapi ada kena mengena dari segi setting penjimatan...

Ini prestasi kereta 4 wheel drive saya:
-1.3 cc
-automatic
-injection type
-petrol (shell & caltex) 2 jenama ini aje aku pilih

Pada kereta saya ini,
tidak ada sebarang modifikasi,
melainkan pemasangan SURBO (RM 140.00) ,
SURBO ni aku pasang sebelum air filter.

================================================================
Jenama Bahan Api:
Petrol SHELL ---> FULL TANK RM 124.20 boleh pergi 530 kilometer average
Petrol CALTEX --> FULL TANK RM 124.20 boleh pergi 510 kilometer average
Petrol Petronas ---> FULL TANK RM 124.20 boleh pergi 450 kilometer average
================================================================


Keadaan ujian:

-jalan rata
-air cond aktif
-radio aktif
-rpm maintain 3,500 pusingan per minit
-cuaca panas (kalau mendung lagi jimat, malam lagi jimat)

Sebelum pemasangan SURBO ---> 1 kilometer = RM 0.30
Selepas pemasangan SURBO ---> 1 kilometer = RM 0.23

Dengan ciri2 kereta di atas,
saya pilih jenama SHELL & CALTEX untuk isi minyak dalam tangki.

================================================================

Untuk memasang Hidrogen di kereta yang dikawal komputer [E.F.I.],
saya tak galakkan pasang, kerana risiko :(( ada,
kerana kita kena cari peratusan % kadar ambilan oksigen,
kadar udara, dan kadar molekul bahan api untuk masuk setiap 1 saat,
ianya dikawal sepenuhnya oleh papanlitar elektronik,
jadi,
setiap kereta (gear automatik),
lain jenama, lain setting,
lain CC --> lain setting,
cc atas 2000, lagi banyak nak adjust,
kalau salah adjust, minyak makan banyak,
dan mendapan petrol PASTI berlaku di dalam ruang pembakaran,
pickup akan jadi slow,
dan sistem elektrik akan down,
lampu pada malam hari akan jadi malap,
brek tak cengkam,
steering gear akan jadi berat,
semuanya kerana kekurangan hasil elktrik dari pusingan enjin,
kerana enjin lack of power,
akibat sistem pembakaran yang tak lengkap,
hasil setting2 yang diganggu pada E.F.I. ,
so,
pemasangan untuk enjin yang jenis injection,
amatlah tidak digalakkan,
kerana,
kalau anda gagal mencari setting yang paling tepat,
sekiranya teori saya di atas tepat,
anda akan dapati,
minyak enjin anda akan hitam dalam masa 1 hari,
walaupun minyak hitam kereta anda baru tukar petang semalam,
kenapa ? kerana pembakaran tidak lengkap,
akibat hasil penjelasan di atas itu...

BERBEZA DENGAN SISTEM KARBURATOR,
IAITU ---> ENJIN GEAR MANUAL,
AMATLAH SESUAI DIPAKAI [HIDROGEN],
POMEN KEDAI TERUTAMANYA YANG ARIF,
PASTI TAHU KENAPA...
---> beruntunglah kepada pemilik kenderaan yang pakai enjin karburator

================================================================

Kesimpulan,
prestasi pacuan 4 roda saya yang ber-CC 1.30 ,
Tangki Penuh = 46 liter = RM 124.20
selepas diuji sehingga habis kosong tangki minyak,
pengiraan sebanyak 5 kali, membuktikan yang:

RM 0.23 = 1 kilometer,
RM 124.20 = 500 kilometer ++
kena ambik nota juga,
kereta 4 wheel drive ni BERAT,
pun dah jimat...


jadi,
kalau kereta anda tak dapat challenge rekod di atas,
itu tandanya setting kereta anda belum sempurna,
produk hidrogen ni sebenarnya memang menjimatkan,
tapi selagi tak jumpa setting betul,
anda sebenarnya dalam kerugian...

Sekiranya kereta anda 1.6 dengan vvti atau dvvt ,

jenama honda atau toyota,
normally boleh pecah rekod di atas,
walaupun ccnya anda tinggi...


REKOD:
Rekod 4-Wheel-Drive di atas hanyalah STANDARD, (pasang SURBO aje),
tanpa pemasangan Hidrogen,
sebab tak dapat jumpa setting paling tepat untuk E.F.I. [kalau nak pasang Hidrogen],
tapi still dah jimat...
==============================================================

Keputusan di tangan anda,
saya bercerita begini,
kerana saya adalah ahli uji bahan api,
selain trading online...

Nak jimat minyak,
pakai Shell atau Caltex,
rpm bawah 4 ribu,
atau speed bawah 90km/j
insya Allah,
jimat banyak...

Fikir2kan ya...
Wassalam.


Tunggu komen cikgu pula

#:-S #:-S #:-S
 
salam..

setelah hitam legam kulit aku di panah perit matahari, maka, aku kini kembali ke desa..

pasal testimonial dari yg dah berjaya tu,biarlah mereka sendiri yg beri. Pada yg belum lagi dapat penjimatan, maka,rabu ni insyallah, MAP sensor Enhancer versi baru ni akan membantu anda.. insyallah..

Pada encik eboss..sorry pasal vibrate tu, kami akan rebate kat harga nanti apa2 bill yg kena bayar. Settle vibrate tu,inysllah sistem takde problem dah. AIr dah keluar exzos tu,tnada dia dia dah cukup untuk enjin sebessar enjin encik tu. Tinggal nak dapatkan setting baru ni je..insyllah,saya takkan hampakan encik.
saya berharap sgt formula dua cell ni merc encik dapat mcm pakcik pajero yg RM0.06/km tu

PERHATIAN:

Kepada yg nak pasang pada tarikh yg akan datang ni di nasihatkan:
TOLONG JANGAN BAWAK AWEX/BINI/ANAK/MAK/MAK MERTUA AYAH MERTUA/TOK WAN DAN LAIN sebab ini bukan fun fair.
Kesian aku nengok yg bawak anak semua ni. Sebab bende ni setting dia memang lama.Kena ulang alik patah balik baru boleh dapatkan setting yg di kehendaki.
kalau aku jenis lepas pasang terus amik duit tak test takpe, ni, aku kena make sure korang dapat apa yg nak sebelum bayar.
Jadi, sila datang sorang diri dan lapang2 kan masa, dan estimate pemasangan siap mungkin amik masa sampai maghrib.

Kalau panas baran di nasihatkan jgn datang.

arigatou..
 
Off topik,
Kesimpulan,
prestasi pacuan 4 roda saya yang ber-CC 1.30 ,
Tangki Penuh = 46 liter = RM 124.20
selepas diuji sehingga habis kosong tangki minyak,
pengiraan sebanyak 5 kali, membuktikan yang:

RM 0.23 = 1 kilometer,
RM 124.20 = 500 kilometer ++
kena ambik nota juga,
kereta 4 wheel drive ni BERAT,
pun dah jimat...


jadi,
kalau kereta anda tak dapat challenge rekod di atas,
itu tandanya setting kereta anda belum sempurna,
produk hidrogen ni sebenarnya memang menjimatkan,
tapi selagi tak jumpa setting betul,
anda sebenarnya dalam kerugian...



ermm..

pakcik semalam tu pajero dia 4wd jugak, enjin 2500cc.
sebelum pakai Hybrid HHO, dia kata minyak dia RM0.40/km.
lepas pakai, minyak dia RM0.06/km.. (40km =2.40)
-boleh refer pada eboss sebab masa pakcik tu cakap, eboss pasang loudspeaker

so, dah pecah rekod di atas ke belum ye?

------------------------------------------------

Pasal keter EFI tu pulak, memang setting itu kena buat, dan sebab tu lah makan masa lama nak dapatkan optimum setting. Dia bukan jenis plug and play. Kena test,kena tune,kena test balik, memang sampai berasap kepala nak dapatkan opmtimum.
Buat masa ni aku guna MAP/MAF sensor enchancer.Jadi, insyllah, rabu ni dtg dengan MAP sensor yg less sensitive punya output.Insyallah lebih bnyk keter yg boleh dapat tune yg sempurna.
--------------------------------------

Untuk keter EFI pada MAP/MAF sensor version pertama ni:

sebijik wira dari KL telah dapat up to 67%, tapi dia kata dia tak ganti brek pad dan allignment tak ok lagi, nanti dia test balik lepas dah tukar yg baru.Hopefully boleh cecah lagi tinggi.

Persona merah, dari KL jugak: dia kata malam tadi dia dah reach 33%, dan dia mintak aku setting lagi rabu ni untuk dia dapat at least 50%. Tapi katanya kalau tak dapat 50% pun dia pakai jugak.

Yg lain2 jenis lepas pasang tak mau test2 dah, terus bayar je.
 
aku nak jugak kancil ngan moto cub leh pasang tak
 
no tipon semua dah ada. ada gak yg aku dah call. Aku plan 2 minggu lagi nak kumpul semua yang dah pasang. Nak kumpul info penjimatan dan masalah produk cikgu nie. Lebih baik nak buat CLUB HYDROGEN baru kukuh dan boleh support cikgu sampai jadi usahawan H20

p/s: singo_lapar has exceeded their stored private messages quota and can not accept further messages until they clear some space

Aku sokong tu buat kelab.. sbb mana2 yang pasang hari hilang entah kemana. senyaap je. kalau jumpa balik boleh kongsi2. Atau mana tahu cikgu reza nak upgrade yg first batch tu. (First batch special skit. Nak umumkan version yg totally 100% air ke.. dan lain2.

Sbb lain2 jenis kete lain sikit cara pemasangan dia. MCM kete aku tak jumpa MAP sensor . so tak pakai cara adjust map sensor terus pakai hydrogen je kat intake udara. kete eboss pun lebih 2.0cc nak pakai 2 pulak.. lain2. jumpa boleh diskus/compare dan lain2.
 
Aku sokong tu buat kelab.. sbb mana2 yang pasang hari hilang entah kemana. senyaap je. kalau jumpa balik boleh kongsi2. Atau mana tahu cikgu reza nak upgrade yg first batch tu. (First batch special skit. Nak umumkan version yg totally 100% air ke.. dan lain2.

Sbb lain2 jenis kete lain sikit cara pemasangan dia. MCM kete aku tak jumpa MAP sensor . so tak pakai cara adjust map sensor terus pakai hydrogen je kat intake udara. kete eboss pun lebih 2.0cc nak pakai 2 pulak.. lain2. jumpa boleh diskus/compare dan lain2.

bro..apa cer ilang terus lepas bayar? kasik le updates sikit, apa penjimatan yg dapat. Pick up camner. Boleh call saya tak, ataupun kita jumpa rabu ni, dan nak setting lagi untuk tgk finale punya adjustments..boleh kan bro?
 
bro..apa cer ilang terus lepas bayar? kasik le updates sikit, apa penjimatan yg dapat. Pick up camner. Boleh call saya tak, ataupun kita jumpa rabu ni, dan nak setting lagi untuk tgk finale punya adjustments..boleh kan bro?

Sori la bro.. tak sempat nak test detail lagi penjimatan tu. InsyaAllah lepas balik bercuti Langkawi baru test. Rabu tak boleh dtg la sbb hari tu bertolak ke Langkawi. hari Selasa boleh la. Nanti apa2 saya call dulu la sbb nak pg sana balik, dari rumah saya tu jauh juga.

Secara kasarnya dah 40 km jalan, meter minyak segan nak gerak ( ada rasa jimat la, percent tunggu dulu). sebelum pasang kalau 40 km tu dah gerak banyak dah dari asal. Pick up meningkat, asap keluar dari ekzos kurang dan kurang berbau, tapi tak de air pulak keluar mcm kete yg lain tu. lagi apa ye.. tu je kot dulu.
 
hidrogenfuelsaver nie same ngan yg kua kt tv3 ker?

ade sorg Dr Halim Ali x silap, buat 1 tank kete biase bleh jalan 2000km
 
Back
Top
Log in Register