BTC USD 81,271.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Resepi

immhezlin said:
Retak menanti belah.. 8)

nanti aku bagi RESEPI camne nak buat gam tuk tampalkan hati ko yang retak tuhh...he..he..he.. :D
 
abie said:
immhezlin said:
Retak menanti belah.. 8)

nanti aku bagi RESEPI camne nak buat gam tuk tampalkan hati ko yang retak tuhh...he..he..he.. :D

semakin rancak abie ngan immhezlin..ade ape2 ke?.... :-D
 
ACAR BUAH

Sapa sini yang suka makan Acar Buah?

Aku hari tu terpilih untuk jadi panel testing acar buah yang cik immhezlin buat sempena hari raya haji.

Testimoni panel penilai:
Memang sedap dan mengikut citarasa ramai. Rasa pedas, manis, masam & berempah memang sebati dan... Sorilah pasal tandus perbendaharaan kata aku ni utk menggambarkan rasa sebenar. Pada pendapat aku, beliau boleh pergi lebih jauh, bakat ada, sentuhan ada, datang dengan pakej, cuma jaga2 sikit dengan low tone and hehe . Tapi, overall OK. Perfect!

Kalau ada sesiapa yang ingin menempah acar buah untuk apa2 majlis : majlis kahwin ke, majlis khatan ke, kenduri arwah ke, atau pun ingin menempah utk pemakanan peribadi , sila tanya dan buat tempahan pada cik immhezlin kita. Recommended.

Agaknya samada tempahan boleh dibuat dengan egold atau stormpay ke tidak, itu kenalah tanya pada immhezlin.

p/s: thanks for the nice n delicious acar buah.
 
Demikianlahh cara2nya utk membuat kuah kacang puan2.. DIharap semua mencuba dan merasai sendiri kehebatan Chef immhezlin kita mencipta respi ini yg dijaga kualiti turun temurun.. TEPPUKAN GEMURUH DIBERIKANNN :smt041 :smt023 :smt035 :smt038

Sila ikuti episode yg akan datang pada hari dan waktu yg sama minggu hadapan..
 
Talam Berlauk

120g tepung beras
100g udang geragau, direndam
100g udang basah, dikisar hancur (optional)
50g daun bawang, dihiris halus
600ml santan , dr sebijik kelapa
4 cili merah, dihiris
garam secukup rasa

Tepung dibancuh dengan santan dan garam hingga sebati. Kacau atas api hingga naik wap. Matikan api.

Masukkan cili, udang geragau, udang basah dan daun bawang. Kacau hingga rata.

Tuang dalam loyang yang telah dilengserkan dengan minyak masak.Kukus selama 25 atau 30 minit. Hidang dengan sos cili atau sos lada hidup.

Sos lada hidup

4 cili merah
2 ulas bawang putih
Gula
Cuka
Garam
Air suam sikit

Tumbuk/kisar cili merah dan bawang putih. Tambahkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tuang sikit air suam. Cuka boleh diganti denganlimau nipis.
 
Nampaknya Chef immhezlin tidak sabar menunggu minggu hadapan.. kita terpaksa terus kan rancangan ini .. sila ikuti sambungan resepi2 yg hebat dari Chef immhezlin ..
 
Back
Top
Log in Register