BTC USD 81,115.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Resepi

aiyak!
lapo la pulok tgk resipi korg nih..
 
Resepi hari ini.
vangardx milo tongkat ali nestum coco crunch 15 in 1

bahan2 :-
sepeket milo 3 in 1
sepeket tongkat ali (apa2 brand) 8 in 1
sepeket nestum 3 in 1
segenggam coco crunch


cara2:
nganga mulut anda..masukkan semua peket2 instant yg ada..dan selepas segenggam coco crunch berjaya dimasukkan..togak air scukup rasa..dan kumur2 sebelum telan..

tahniah anda telah berjaya minum vangardx 15 in 1 drink
selamat mencuba.

testi 1 - "sebelum ini saya ingat lawak bodoh je..tapi memang berkesan dan berkhasiat" aishah eksekutif tv3

testi 2 - "disamping mengenyangkan perut dah mehilangkan dahaga..perubahan dari segi ketegangan kulit muka cukup ketara" diana model sambilan

testi 3 - "dulu saya makan nasi setengah suap je, sekarang boleh makan sepinggan! hebat" mak su timah suri rumah
 
Ayam Masak Merah Special

Bahan:

1 ekor ayam
(dibersih dan dipotong)
2 keping gula melaka saiz kecil
4 sudu besar cili giling
6 sudu besar minyak masak
4 sudu besar sos cili maggi
2 sudu besar sos tiram maggi
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 1/2 cawan air

Bahan untuk dikisar:

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan untuk hiasan:

2 biji tomato
1 biji cabai hijau
4 sudu besar bawang goreng
sedikit daun bawang yang dimayang

Cara membuatnya:

1.Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana.Bila minyak dah panas,tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga kekuningan dan masukkan clili giling.Tumis sehingga naik bau.
2.Bila bahan yang ditumiskan tadi garing,masukkan ayam kacau sehingga sebati dengan biarkan seketika.
3.Masukkan air apabila ayam tadi sudah mesra dengan ramuan tadi.Kemudian masukkan garam,serbuk perasa dan gula melaka.
4.Biarkan ia mendidih dengan api yang sederhana besar dan barulah masukkan sos tiram serta sos cili.
5.Biarkan ayam tersebut masak sehingga kuahnya hampir pekat.Barulah masukkan cili dan tomato.
6.Kacau sehingga masak dan kuahnya pekat.Setelah masak masukkan kedalam mangkuk dan taburkan bawang goreng beserta dengan daun bawang goreng.

Selamat mencuba & berbuka puasa, kalau x sedap jgn salah aku salahkan resepi...ekeke :-D
 
Cookie lovers....check this out.
Dunno whether it's true or not..tapi ble try la.

RM250.00 cookie recipe from Famous Amos,

Recipe may be halved:

2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal &
blend in blender
to a fine powder)
24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp. vanilla

cream the butter and both sugars. Add eggs and
vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt,
baking powder, and soda. Add chocolate chips,
Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place
two inches apart on a cookie sheet.. bake for 10
minutes at 375 degrees. Makes 122 cookies..

Have fun..!!
 
dah buat muffin ni, mmg sedap!

MUFFIN PISANG BERCOKLAT (resepi Chef Wan)

Bahan-bahannya:
1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips

pisang dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin. Hiaskan diatas adunan dengan pisang yang dipotong bult dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit.
 
Back
Top
Log in Register