BTC USD 62,529.3 Gold USD 4,341.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Resepi Ringkas Anda....

beli roti arab, atau apa2 roti yg leper macam roti canai tu (nak gune roti canai instant pun bole), kemudian sediakan hotdog sama ada direbus atau digoreng.

kemudian roti tadi dipotong bulat berdiameter macam roti boom. Amik hotdog tadi dan letakkan atas roti. Letak la apa korang suka masa ni, salad ke, mayanis ke..dan gulungkan.

Resipi ni dinamakan baby in the blanket
 
bbq nuget/sosej.. gula merah + black paper + air skit + minyak skit..
sapu kat nuget.. sodap mauu.. resipi dr klantan pantai melawi
 
Resepi hari ni...

Daging Masak Blackpepper

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging lembu (ayam pun boleh) dihiris nipis.
2 ulas bawang putih
sebiji bawang besar dipotong mayang
10 biji lada hitam ditumbuk halus
1/2 biji lada benggali
2 urat daun bawang
10 keping kacang peas segar
Sedikit minyak masak
Sos tiram sesedap rasa
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Cara Penyediaan:
Goreng daging setengah masak dengan api perlahan.
Alihkan daging kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dalam sedikit minyak masak.
Setelah tumisan berbau wangi, masukkan lada hitam.
Masukkan sos tiram mengikut citarasa anda (2 sudu makan pun sudah mencukupi)
Selepas itu masukkan 1/2 cawan air. Masukkan daging yg telah digoreng 1/2 masak. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai penambah perisa. Akhir sekali masukkan daun bawang yg telah dipotong, lada benggali dan kacang peas. Setelah beberapa minit lauk boleh dihidangkan bersama nasi.
Selamat mencuba....
 
Dapatkan sebungkus kuah kari daging di kedai mamak..
Kemudian sebungkus roti gardenia di kedai runcit..

Cicahlah roti dgn kari yg dibeli tadi..gerenti sedap & ringkas..:D :D

:)) 5 bintang diberikan pd anda
 
Daging Masak Blackpepper

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging lembu (ayam pun boleh) dihiris nipis.
2 ulas bawang putih
sebiji bawang besar dipotong mayang
10 biji lada hitam ditumbuk halus
1/2 biji lada benggali
2 urat daun bawang
10 keping kacang peas segar
Sedikit minyak masak
Sos tiram sesedap rasa
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Cara Penyediaan:
Goreng daging setengah masak dengan api perlahan.
Alihkan daging kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dalam sedikit minyak masak.
Setelah tumisan berbau wangi, masukkan lada hitam.
Masukkan sos tiram mengikut citarasa anda (2 sudu makan pun sudah mencukupi)
Selepas itu masukkan 1/2 cawan air. Masukkan daging yg telah digoreng 1/2 masak. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai penambah perisa. Akhir sekali masukkan daun bawang yg telah dipotong, lada benggali dan kacang peas. Setelah beberapa minit lauk boleh dihidangkan bersama nasi.
Selamat mencuba....

blh try nih...selalu aku guna sos lada itam dlm botol jer terus....mmg sedap daging masak macam ni...
 
blh try nih...selalu aku guna sos lada itam dlm botol jer terus....mmg sedap daging masak macam ni...

Yup...aku pon selalu buat resepi camni bila beli daging. Perrrggghhhh...sedap gile. =P~
 
sadin tmpoyak..panaskan myk dlam kuali.ltk bawang putih 1 ulas je..tambah air skit..letak sardin..letk tempoyak..letak garam..letak ciliapi..angkat dan makan ngan nasi..tk smpai 5 minit..sedapnyerrrrrrrrrrrr..
 
Sardin dalam tin tu ke atau sardin fresh dari pasar? :-?
 
aiks....sadin tempoyak pun ader? sos dlm tin dia tu masuk skali tak?
 
Back
Top
Log in Register