BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Replika kereta Batman dijual RM3.2 juta

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
lu_07.1.jpg


Kereta Tumbler ketika dipamerkan semasa tayangan perdana filem The Dark Night pada 18 Julai 2012 di Leicester Square, London. - AGENSI


LOS ANGELES 1 Mac - Sebuah kenderaan replika Batman dari filem Batman Begins arahan Christopher Nolan yang dibintangi Christian Bale, kini dijual pada harga AS$1 juta (RM3.2 juta) di Internet.

Dalam satu senarai pada laman web barangan mewah James Edition, penjual kereta 'Tumbler' tersebut menyatakan pihaknya telah membina kenderaan menakjubkan itu untuk berada di jalan secara sah.


Ciri-ciri kereta konsep itu termasuk penggunaan transmisi automatik, enjin lapan silinder (LS1), tayar 44 inci dengan rim, hiasan dalaman hitam, lima kamera bantuan pemandu, sistem kedudukan global (GPS) dan sebagainya.

Dengan hanya pilihan warna hitam, pemandu kenderaan itu mungkin kecewa kerana kenderaan tersebut tidak dilengkapi dengan senjata seperti dalam filem Batman, lapor hollywoodreporter.com.

Pembuat dan penjual kereta Tumbler itu bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti menerusi laman web James Edition, namun menyatakan lokasi kenderaan berkenaan berada di Indialantic, Florida.

Bagaimanapun, sekiranya ada pihak berminat membeli kenderaan itu, James Edition mungkin berdepan tindakan mahkamah oleh Warner Bros atas kesalahan hak cipta.

Studio filem itu sebelum ini memenangi kes saman ke atas Mark Towle, penduduk California yang mengusahakan perniagaan menghasilkan replika yang terdapat pada program televisyen dan filem.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Lua...-kereta-Batman-dijual-RM32-juta#ixzz2uliyyZP4
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Kalau aku kaya..

Aku beli.kereta batman..
 
Kalau aku kaya..

Aku beli.kereta batman..

klu ko berjaya beli bro..jpj confirm xbg jln atas jln,kenalah bwk dlm kampung atau sekitar rmh aje..ni cermin gelap recon pun jpj nak sebat gak..adoiii
 
klu ko berjaya beli bro..jpj confirm xbg jln atas jln,kenalah bwk dlm kampung atau sekitar rmh aje..ni cermin gelap recon pun jpj nak sebat gak..adoiii

Tu laa..

Nasib baik laa xkaya..

Huhu..
 
kehkehkeh bru jumaat lepas tengok cerita ni kat tv3..

kalu dpt bawak masyuk jugak.. kehkehkeh
 
Back
Top
Log in Register