BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remy Ishak sudah bertunang

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
rem3_cropped_1493614918.jpg

Remy bertunang dengan ahli perniagaan. FOTO EZZA

Kuala Lumpur: Pelakon popular Remy Ishak selamat bertunang dengan wanita pilihannya seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Ezza Yusof, semalam.

Remy, 35, ketika dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkan perkara itu.

"Terima kasih atas ucapannya," katanya ringkas.

Difahamkan majlis pertunangan pasangan ini berlangsung di kediaman bakal isterinya yang terletak di Pahang membabitkan keluarga kedua belah pihak.

Pada majlis itu, Remy turut hadir mengenakan baju kemeja berwarna biru gelap sementara Ezza memilih warna ungu muda.

Menerusi akaun Instagram Ezza, pelakon Nad Zainal yang juga kawan baik kepada Ezza turut memberikan ucapan tahniah sambil meletakkan nama Remy.

Tidak ketinggalan memberikan ucapan ialah pengurus Remy iaitu Azlin Abas selain beberapa peminat yang mengetahui hubungan pasangan ini.


http://www.hmetro.com.my/node/225848
 
Remy Ishak nafi tunangnya seorang janda

image.jpg


KUALA LUMPUR - Pelakon Remy Ishak menafikan dakwaan mengenai status tunangnya yang dikatakan pernah berkahwin seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.


"Sebelum ini pun ada juga keluar gosip mengatakan tunang saya merupakan seorang janda. Tetapi sekarang orang cakap dia pernah berkahwin dan ada seorang anak pula sedangkan ia tidak benar sama sekali,” ujar Remy ketika ditemui pada sesi temu bual bersama barisan pelakon siri televisyen DOA di Hotel Nouvelle, Seri Kembangan sebentar tadi.

Tambah pelakon berusia 36 tahun itu, jika perkara seperti itu berlaku, dia akan menasihati tunangnya agar tidak membuka mulut kerana tidak mahu keadaan bertambah keruh.

“Apa yang saya lakukan adalah menasihatinya supaya tidak membuka mulut kerana dia bukan selebriti dan saya tidak mahu dia terlibat dalam dunia ini.

“Sebab dunia sekarang sangat bahaya. Kadang kala orang suka mengecam kita sesuka hati tanpa sebab pun. Saya tidaklah mengawal atau bersikap garang terhadap dia, tetapi apa-apa perkara perlulah dibincangkan bersama terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, Remy dan wanita yang bekerja sebagai ahli perniagaan itu mengikat tali pertunangan pada 31 April tahun lalu di sebuah lokasi rahsia di Pahang.

Ditanya tentang perancangan untuk menamatkan zaman bujang, Remy bagaimanapun berkata, dia belum mempunyai kata putus tentang hal itu kerana ingin fokus untuk mengumpul wang terlebih dahulu.

“Bukan mahu buat majlis besar-besaran pun. Kalau boleh saya cuma mahu pacak khemah di depan rumah sahaja. Tetapi kalau mahu kahwin, ia memang memerlukan persiapan rapi terutama dari aspek kewangan.

“Lagipun saya bukannya orang senang, jadi sekarang kumpul dahulu wang dan serahkan segalanya kepada keizinan Tuhan untuk menentukan masa yang tepat kerana saya selalu percaya kepada jodoh.

“Kalau tanya soal tarikh, tiada siapa boleh mendesak kerana keputusan berkahwin terletak pada saya. Alhamdulillah tunang saya juga sangat memahami dan tidak pernah mendesak. Jadi saya serahkan segalanya kepada aturan Tuhan,” katanya.


http://www.kosmo.com.my/terkini/remy-ishak-nafi-tunangnya-pernah-berkahwin-1.596417

muka berubah2 . kejap mcm lawa kejap xlawa. mcm auntie2 mek

C-0OzLqVoAAyyo5.jpg
 
muka berubah2 . kejap mcm lawa kejap xlawa. mcm auntie2 mek

C-0OzLqVoAAyyo5.jpg

a'ah la TT, mmg nampak berusia dalam gambar ni...

dia asalnya cantik cuma berusia, jadi muka tu ditouch up dengan mekap jadi tak nampak la kedut tu...

p/s. TT mmg kena minta maaf dengan saya psl auntie tu :D, kalau tak, kena la TT nanti :D:)
 
ni kawan sekolej aku ni pandai gak pakai tudung. dah tukau nama yer skarang
 
Back
Top
Log in Register