eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
OLAK LEMPIT – Seorang remaja terkejut apabila menerima surat peringatan terakhir daripada sebuah agensi yang mengatakannya tidak menjelaskan bil tunggakan dengan Telekom Malaysia Berhad (TNB) dalam masa yang ditetapkan.
Bekas Penyelia Pusat Komuniti Khidmat Masyarakat, Siti Raziha Tugiman, 22, itu terkejut apabila mendapati bil tertunggak mencecah angka RM1,332.70 dan menerima surat kes untuk tindakan panel daripada agensi yang terlibat jika tidak dapat menjelaskan bayaran tersebut dalam masa yang ditetapkan.
Menurutnya, dia telah berkhidmat sebagai penye lia tersebut di bawah sebuah syarikat teknologi maklumat dan kini telah pun menamatkan operasinya di pusat berkenaan.
“Selain itu, pihak terbabit telah berjanji untuk menjelaskan segala pembayaran sepanjang berkhidmat dalam perkhidma tan penyelia projek ilmu komuniti ( PPIK) di bawah Program Pemberian perkhidmatan Sejagat (USP) Fasa 5.
“Walau bagaimanapun, sejak PPIK beroperasi pada April 2007, terdapat kelewa tan pembayaran gaji dan pihak terbabit berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin,” katanya kepada Sinar Harian.
Siti Raziha berkata, dia tidak tahu bagaimana perjanjian dibuat oleh pihak syarikat terbabit yang bekerjasama dalam PPIK Kampung Olak Lempit sekali gus menyebabkannya terpaksa menanggung kos pembayaran bil tertunggak walhal ianya harus dijelaskan oleh pihak syarikat.
Menurutnya, dia mahu perkara ini diberi perhatian kerana bukan sahaja melibatkan dirinya tetapi terdapat penyelia lain yang dilantik untuk menjadi penyelia PPIK turut menghadapi masalah sama.
“Perkara ini mungkin nampak remeh tetapi saya terpaksa menanggung masalah ini berikutan telah ditamatkan kontrak oleh syarikat berkenaan.
“Saya tidak mahu perkara ini diambil sambil lewa hanya kerana saya adalah penduduk kampung yang tidak tahu apa-apa,” katanya.