BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja sorok bawah sofa

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PASIR PUTEH: Remaja perempuan memberi alasan mahu membuat persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala remaja lelaki menyorok di bawah sofa.

Itulah keadaan yang berlaku selepas pasukan sukarela mencegah maksiat, Skuad Amru, menyerbu sebuah rumah di satu taman perumahan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, seorang pelajar perempuan dikatakan ke rumah rakan perempuan yang ketika itu turut bersama seorang rakan lelaki di rumah terbabit.

Ketua Operasi Skuad Amru, Zin Arif Hassan, berkata mereka menerima aduan daripada orang awam yang memaklumkan kehadiran beberapa remaja di dalam rumah berkenaan tanpa ditemani ibu bapa masing-masing.

Katanya, berdasarkan maklumat, tujuh anggota skuad itu membuat serbuan ke lokasi terbabit untuk membuat pemeriksaan.

“Sebaik tiba, kita dapati pintu berkunci dari dalam dan pemeriksaan mendapati seorang remaja lelaki berehat di ruang tamu sementara dua remaja perempuan masing-masing ada di dalam bilik.

“Ketiga-tiga remaja itu berusia lingkungan 17 hingga 19 tahun dari Kampung Gong Garu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, skuad Amru mengambil masa tiga minit mengetuk pintu rumah berkenaan sebelum dibuka oleh remaja perempuan yang tinggal di situ dalam keadaan berpakaian lengkap dan ketakutan.

“Akibat terkejut, remaja lelaki terbabit menyembunyikan diri di bawah sofa dalam bilik rumah itu,” katanya.

Ketiga-tiga remaja terbabit kemudian dibawa ke Pejabat Agama Jajahan untuk diambil keterangan sebelum dibenarkan ikat jamin.
 
sofa apa dia sorok tu muat jer urmm..
 
maksiat selagi xde penguatkuasaan yg jitu.
 
betul2..kan sekolah p[un leh wat maksiat
 
maksiat dan mungkar selagi manusia ikut hasutan setan..
 
alpa ngan kehidupan dunia,mak bapak pun da kurang dlm didikan anak2.
 
Back
Top
Log in Register