BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja sogok polis RM50

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Dua anggota polis IPD Jempol memeriksa sebuah motosikal jenis EX5 yang ditemui dalam sekatan jalan raya selepas dilaporkan hilang, pada 27 Februari lalu. - Foto Sinar Harian
< 1 / 1 >
JEMPOL - Seorang remaja sanggup merasuah seorang anggota polis selepas gagal menunjukkan lesen memandu bagi mengelak dirinya disaman kerana tidak memakai topi keledar, kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias berkata, ketika kejadian, remaja berusia 17 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha secara sendirian sebelum ditahan Ketua Polis Balai Rompin, Sarjan Mejar, Rosli Mohd Ali.

“Selepas memperkenalkan diri dan menunjukkan pengenalan identiti polis, anggota berkenaan meminta remaja terbabit menunjukkan lesen memandu bersama kad pengenalan dirinya.

“Namun, remaja itu hanya mengeluarkan kad pengenalan dan memaklumkan tiada lesen memandu, sebelum mengeluarkan duit RM50 supaya dirinya tidak dikenakan saman dan dilepaskan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Jempol petang semalam.

Hamzah berkata, tindakan remaja terbabit akhirnya memakan diri dan dia kini disiasat di bawah Seksyen 17 b Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Hamzah berkata, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berumur 23 tahun dalam sekatan jalan raya di Serting Hilir kerana menunggang motosikal curi.

"Motosikal tersebut dilaporkan hilang pada 27 Februari lalu dan kita juga turut menjumpai sepeket dadah bersama dua tiup straw dalam sebuah beg kecil pada badannya.

“Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 379 B Kanun Keseksaan dan 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi.
 
Kesian..dia ingat nak settle luar laa tu..tak pasal2 je..
 
kalau roadblock jenis 2 org pasang satu kon letak tgh jalan hang bg rm5 pun depa sapu:eek:
ckp ats pengalaman lepas:)
 
kalau roadblock jenis 2 org pasang satu kon letak tgh jalan hang bg rm5 pun depa sapu:eek:
ckp ats pengalaman lepas:)

tu jenis xde intergriti...bikin jahanam pasukan
 
tu jenis xde intergriti...bikin jahanam pasukan

aku jumpa balik polis tu kat supermarket..
tgh pilih2 maggi..aku pi rapat dgn dia tya ada tk duit nk byr maggi..kalau takder aku nk tlg byr..padan muka.puas hati aku.
 
aku jumpa balik polis tu kat supermarket..
tgh pilih2 maggi..aku pi rapat dgn dia tya ada tk duit nk byr maggi..kalau takder aku nk tlg byr..padan muka.puas hati aku.

lol...polis muda ke tua bro?...dia cakap apa?
 
lol...polis muda ke tua bro?...dia cakap apa?

muda..masa tu dia tk pki uniform..peduli apa aku..kira masing2 jd org awam..
br kelmarin nmpk dia kat kedai makan.aku dok ngan bini..
apa lg..saling pandang memandang la aku...
tp kejadian rm5 ni dlm 2 tahun lps..jalan lama bentong..aku blk kerja jer pun..rdtx mampus...
 
oic...sapa mintak rasuah?...bro offer ke dia minta?...berapa rasuah?
 
muda..masa tu dia tk pki uniform..peduli apa aku..kira masing2 jd org awam..
br kelmarin nmpk dia kat kedai makan.aku dok ngan bini..
apa lg..saling pandang memandang la aku...
tp kejadian rm5 ni dlm 2 tahun lps..jalan lama bentong..aku blk kerja jer pun..rdtx mampus...

kehkehkehh...mesti ko tgk dia ingat megi, tgk megi ingat dia...:D
 
Back
Top
Log in Register