BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja maut MPV terbabas

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
mpv_1544432702.jpg

KEADAAN Proton Exora yang dinaiki sebuah keluarga yang terbabit dalam kemalangan, hari ini. FOTO Ihsan PDRM




REMAJA perempuan maut, dua cedera manakala tiga yang lain selamat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang terbabas sendiri di Jalan Kampung Tersusun Air Kuning-Chenderong Balai, Kampung Gajah, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.35 pagi, mangsa Ain Zulaikha Jasirolnizam, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai parah di beberapa anggota badan.

Difahamkan, dua lagi mangsa yang cedera adalah ibu serta adik mangsa berusia tiga tahun manakala bapa, abang dan seorang lagi adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati keluarga berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Chenderong Balai.

Katanya, pemandu kenderaan itu dipercayai gagal mengawal kenderaan dipandunya menyebabkannya terbabas sendiri lalu terbalik.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di jalan lurus dua hala, jalan rata, berturap dan kering.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/12/402363/remaja-maut-mpv-terbabas





.
 
Last edited:
Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Exora dipandu bapa mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik.
 
Back
Top
Log in Register