ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di anggota badan dan kaki.
SEREMBAN - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Sikamat, berhampiran Kem Askar Sikamat di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 8.50 malam itu, mangsa, Amiruddin Rozali, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kaki.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC itu dalam perjalanan dari arah Seremban ke Sikamat.
"Apabila tiba di kawasan selekoh, motosikal mangsa dipercayai terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta jenis Proton Saga FL secara berhadapan.
"Akibatnya, mangsa terjatuh dan mengalami cedera di anggota badan dan kaki serta meninggal dunia di tempat kejadian," katanya semalam.
Menurutnya, mangsa yang bekerja di sebuah restoran makanan segera itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Desa Rhu, Sikamat.
"Pemandu kereta berusia 21 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan polis," katanya.
Abdul Rahim berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut," katanya.