BTC USD 81,374.9 Gold USD 4,124.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja maut, 7 cedera

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri​

[email protected]
ANTARA kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba
ANTARA kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba


Sungai Siput: Remaja perempuan meninggal dunia manakala tujuh cedera dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Batu 25, Jalan Kuala Kangsar-Ipoh dekat Enggor di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, nahas membabitkan sebuah lori, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan dua kereta masing-masing jenis Honda City dan Perodua Axia.

"Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Nur Aisyah Idris, 18, yang juga penumpang Perodua Axia.

"Mangsa yang cedera membabitkan pemandu Perodua Axia, seorang penumpang Honda City dan lima individu yang menaiki Perodua Alza," katanya pada kenyataan.

Menurut jurucakap, mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.
 
Back
Top
Log in Register