balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja berstatus ‘lurus bendul’ menjadi mangsa buli apabila diperlakukan seperti ‘sampah’ oleh beberapa budak nakal di kampungnya, dalam satu kejadian di Kampung Undang, di sini, Isnin lalu.
Tidak cukup dengan itu, remaja berusia 17 tahun itu turut berdepan mimpi ngeri apabila diugut dengan diacukan sebilah parang panjang selepas dia memberanikan diri ke rumah salah seorang suspek bagi menuntut telefon bimbit miliknya yang disamun sehari sebelum itu.
Menurut sumber, kejadian yang menimpa remaja malang itu bermula pada Isnin lalu kira-kira jam 10 malam semasa dia yang menunggang motosikal bersendirian melewati jalan Kampung Undang, di sini, sebelum ditahan oleh salah seorang daripada suspek, berusia 20-an.
“Suspek yang juga dikenali mangsa menahan motosikal ditunggangi sebelum bertindak kejam menampar kepala mangsa tanpa sebab sebanyak dua kali.
“Mangsa hanya mampu mendiamkan diri disebabkan ketakutan walaupun diperlakukan seperti ‘sampah’ kerana selain suspek, turut berada di lokasi kejadian beberapa rakan suspek termasuk abang suspek yang turut sama memberi semangat agar mangsa terus dibuli,” katanya.
Sumber berkata, disebabkan mangsa tidak melawan, suspek bertindak lebih berani apabila tergamak menyamun telefon bimbit milik mangsa yang ketika itu disimpan di dalam poket seluarnya.
“Selepas itu, suspek berlagak sesuka hati mengarahkan mangsa supaya meninggalkan lokasi dengan segera bagi mengelak orang ramai mengetahui tindakannya itu,” katanya.
Bagaimanapun, jelas sumber, pada keesokan harinya, kira-kira jam 11.10 pagi, mangsa memberanikan diri ke kediaman suspek yang terletak di Kampung Undang, di sini, bertujuan meminta semula telefon bimbit miliknya itu.
“Namun, sejurus ternampak mangsa, suspek terus mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa sebelum mengeluarkan sebilah parang dan mengacukan ke arah mangsa.
“Disebabkan ketakutan, mangsa melarikan diri sebelum menceritakan kejadian itu kepada abang angkatnya,” katanya.
Sejurus mendengar cerita mangsa, abang angkatnya yang kasihankan nasibnya, menasihati mangsa membuat laporan polis kerana sebelum ini, remaja tersebut sering menjadi mangsa buli budak nakal terbabit.
Mangsa yang dipercayai masih trauma dan dalam ketakutan terutamanya untuk keluar rumah terus membuat laporan polis di Balai Polis Chendering, di sini.
Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/remaja-lurus-bendul-kena-buli-1.338933