BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja lumpuh perlu bantuan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Rosnani melayan Nurul Farida Hamimi yang menghidap sawan dan lumpuh.​

PENDANG - Sepasang suami isteri dari Kampung Padang Nyior , Mukim Tobiar di sini memerlukan bantuan bagi menanggung perbelanjaan anak angkatnya yang menghidap penyakit sawan dan lumpuh sejak kecil.

Shamsul Hamat, 58, dan Rosnani Mahmud, 56, menjaga Nurul Farida Hamimi Ramli, 18, selepas ibunya meninggal dunia semasa melahirkan remaja itu di Kampung Felda Lui, Bahau, Negeri Sembilan.

Rosnani berkata, kini mereka menghadapi masalah kewangan kerana pendapatan suaminya yang bekerja sebagai penoreh getah tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan sekeluarga.

Menurutnya, anak angkatnya itu perlu menggunakan lampin pakai buang dan mereka memperuntukkan sebanyak RM105 setiap bulan untuk membeli keperluan berkenaan.

"Walaupun ada masanya perbelanjaan terputus tetapi kami tetap memastikan dia mendapat makanan dan pakaian yang sempurna.

"Saya tidak boleh keluar bekerja kerana perlu menjaga anak saya ini malah dia juga sering terkena sawan dan kini terpaksa mendapat rawatan di klinik berdekatan setiap bulan," katanya.

Selain itu, Rosnani berkata, anak angkatnya juga tidak mempunyai MyKad walaupun memiliki sijil kelahiran dan surat kematian ibunya.

"Saya sudah beberapa kali membawanya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat MyKad tetapi ditolak kerana pihak berkenaan memaklumkan hanya bapa kandung sahaja boleh mendaftarkannya.

"Masalahnya sekarang kami sudah terputus perhubungan dengan bapanya. Mungkin sebab itu juga dia tidak dapat pelbagai bantuan seperti golongan OKU lain," katanya.

Rosnani berkata, pernah beberapa kali keluarganya cuba menghubungi bapa kandung anak angkatnya itu tetapi gagal.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pendang, Mohd Rosdan Jusoh ketika dihubungi berkata, pihaknya akan pergi ke JPN untuk mengetahui status Nurul Farida Hamimi.

Katanya, bantuan yang akan disumbangkan kepada remaja itu juga akan dikenal pasti sama ada dia akandiberikan bantuan OKU atau bantuan keluarga.
 
Tak nak beri MYKAD....Letak saja anak tu di PEJABAT JPN. Kalau JPN repot polis,bagitau ni bukan anak saya.tak caya suruh JPN buktikan:D:D
 
sayang sekali time ni kat Pendang xda PRK..klu x dh masuk TV Menteri datang ziarah dan bg macam2
 
keahmadmaslanan apa kah ini wahai JPN? Sekali sekala permudahkanla urusan untuk golongan cam ni.
 
Back
Top
Log in Register