BTC USD 83,262.7 Gold USD 4,185.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja AS pakat mengandung

mcm2 ada ....:mad: :mad:

negara yg mengamalkan seks bebas..

m'sia pun nak jdi cam gitu la kot...:-? :-? :-?
 
BOSTON 20 Jun - Pihak berkuasa Massachusetts di Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat kemungkinan terdapat "pakatan mengandung" di kalangan remaja perempuan di sekolah tinggi.

Tindakan ini dilakukan setelah 17 remaja di bawah 16 tahun, kini didapati sedang menanti masa untuk melahirkan anak, peningkatan sebanyak empat kali ganda berbanding tahun lepas.

Sebuah klinik di sekolah tinggi di bandar Glouchester mengesyaki sesuatu setelah berlakunya peningkatan dalam jumlah remaja perempuan yang mendapatkan ujian kehamilan.

Pihak berkuasa tempatan semalam menyatakan hampir separuh daripada mereka yang mengandung berpakat untuk mendapatkan anak pada tahun yang sama.

"Terdapat antara mereka yang sedih kerana didapati tidak mengandung," kata pengetua Sekolah Tinggi Gloucester, Joseph Sullivan.

Menurut pihak berkuasa lagi terdapat lelaki yang bakal menjadi bapa terdiri daripada mereka yang berusia pertengahan 20 tahun dan seorang daripada mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan rumah.

Carolyn Kirk, Datuk Bandar Boston, sebuah bandar pelabuhan di timur laut AS, berkata, pihak berkuasa sedang mengkaji kemungkinan untuk mendakwa mereka atas kesalahan merogol.

Di bawah undang-undang Massachusetts, mengadakan hubungan seks dengan remaja perempuan di bawah 16 tahun adalah satu kesalahan.

JOM PAKAT NGANDUNGKAN BINI HANG PA PULA. WARIS CG TU NANTI

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek:

Anak tak berbapa, antara tanda akhir zaman.:mad:
 
Back
Top
Log in Register