BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rekaan cantik harga murah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
07hm34ra1.transformed.jpg

PEMBUAT aksesori membuat tali jam tangan berasaskan kulit.​


Shah Alam: Manusia tanpa mengira usia sememangnya mementingkan kualiti apabila bercakap mengenai aksesori pelengkap diri seperti tali pinggang, dompet, beg tangan, kasut dan pelbagai lagi.

Semua barangan itu selain boleh dibeli di kedai terutama di pusat beli-belah, ia juga boleh ditempah khas bagi memenuhi cita rasa dan kehendak masing-masing.

Bagi mereka yang meminati barangan kulit serta inginkan kesempurnaan dari segi kualiti, namun mempunyai bajet kecil, sebenarnya mereka mempunyai alternatif lain selain pergi ke butik ataupun kedai aksesori di pusat beli-belah.

Pembuat barangan aksesori berasaskan kulit lembu Mohd Azehan Kashim, 39, atau lebih dikenali sebagai Abe berkata, persepsi masyarakat negara ini yang beranggapan barangan kulit lembu yang berkualiti hanya boleh dibeli dengan harga mahal perlu diubah.

"Saya pernah didatangi pelanggan yang ragu-ragu dengan harga yang saya tawarkan untuk tali jam yang ditempah khas kerana mereka berkata, ia terlalu murah untuk kulit lembu asli.

"Kadang-kadang saya perlu membuat demonstrasi membakar kulit berkenaan di depan mereka, barulah mereka percaya ia asli dan sememangnya berkualiti tinggi setanding barangan kulit dijual di tempat mahal," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Source: http://www.hmetro.com.my/node/75791
 
barang kulit lebih tahan lama,,bagus untuk tali jam
 
saper tau fb brader ni?..aku ada barang nk tempah..atau korang ada knal2 ssaper yg terima tempahan barangan kulit?
 
Back
Top
Log in Register