TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Reen Rahim ketika ditemubual wartawan pada malam prebiu tayangan filem Soulmate Hingga Jannah semalam. Gambar Suriya Bonma - UTUSAN ONLINE
PETALING JAYA 8 Feb. – Pelakon, Reen Rahim bertindak membuat laporan polis selepas diugut oleh seorang wanita yang pernah berkawan rapat dengannya untuk menyebar video dan gambar peribadi miliknya.
Menurut Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Rahim, 29, wanita tersebut yang pernah menjadi pembantu peribadi dan presiden kelab peminatnya turut bertindak menulis kenyataan berbaur ugutan di laman sosial Instagram milik wanita berkenaan.
“Individu tersebut memuat naik di laman sosialnya menyenaraikan lapan perkara buruk tentang diri. Perkara yang membuat saya rasa terancam ialah dia mengatakan mahu menyebarkan video dan gambar dan peribadi saya.
“Saya tidak tahu video dan gambar apa yang dimaksudkannya itu. Apa-apa pun perbuatan dia itu satu kesalahan kerana dia telah mencuri video dan gambar daripada telefon saya. Jika dia bertindak dengan lebih teruk, saya tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang,” ujarnya kepada Utusan Online.
Dalam pada itu, Reen meluahkan rasa kecewa kerana perkara ini dilakukan oleh individu yang sangat dipercayainya sebelum ini.
“Saya dan wanita tersebut sudah lama kenal. Lima tahun lalu dia menawarkan diri untuk membantu perjalanan aktiviti seni saya serta menguruskan kelab peminat.
“Sejak itu hubungan kami mula rapat. Rupanya sepanjang kami berkawan, dia telah mengambil kesempatan dengan menyimpan video dan gambar peribadi saya sebagai ‘senjata’ untuk melakukan perkara begini.
“Dia tidak berpuas hati apabila saya mula menjauhkan diri daripadanya atas sebab-sebab tertentu. Selepas itu dia memburuk-burukkan saya di laman sosial termasuk kenyataan berbaur ugutan,” jelasnya ketika ditemui pada majlis tayangan filem Soulmate Hingga Jannah yang diadakan di e@Curve, di sini, semalam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/di...t-laporan-polis-1.442064#sthash.ZYNSEC9K.dpuf