BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Redmi Note 10 & Note 10 Pro Kini Rasmi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Redmi Note 10 Dan Note 10 Pro Kini Rasmi - Skrin AMOLED, Cip Snapdragon 732G, Kuad-Kamera & Harga Bermula RM799

Siri Redmi Note 10 akhirnya diperkenalkan secara rasmi dan ia hadir dalam dua pilihan berbeza untuk pengguna di Malaysia – iaitu Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro. Pengenalan kedua-duanya dilihat memeriahkan lagi pasaran peranti pintar masa kini, sekaligus memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna.

Redmi Note 10 Pro menggunakan skrin 6.67-inci AMOLED DotDisplay dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dilengkapi cip Snapdragon 732G (8nm), memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4X), storan dalaman 128GB (UFS 2.2) dan bateri berkapasiti 5020mAh dengan pengecasan 33W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 108-Megapixel (f/1.9) (sudut-lebar) + 8-Megapixel (f/2.2) (ultra-lebar) + 5-Megapixel (f/2.4) (Telemacro) + 2-Megapixel (f/2.4) (kedalaman). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel (f/2.45). Spesifikasi lain termasuklah – pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi, NFC, IR Blaster, pelindungan IP53 dan sebagainya.

Untuk Redmi Note 10 pula, ia dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED DotDisplay. Seterusnya, ia dijana cip Snapdragon 678, GPU Adreno 612, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 33W. Kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (f/1.79) (sudut-lebar) + 8-Megapixel (f/2.2) (ultra-lebar) + 2-Megapixel (f/2.4) (makro) + 2-Megapixel (f/2.4) (kedalaman). Kamera hadapan pula 13-Megapixel (f/2.45). Spesifikasi lain termasuklah – sambungan port USB-C, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, IR Blaster dan sebagainya.

Bagi yang berminat, Redmi Note 10 ditawarkan pada RM799 (6GB+128GB) bermula 8 Mac 2021. Sementara itu, Redmi Note 10 Pro pula berharga RM999 (6GB+128GB) dan RM1,099 (8GB+128GB). Jualan untuk Redmi Note 10 Pro akan bermula 15 Mac 2021. Anda boleh mendapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza – seperti Lazada, kedai rasmi atau pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.

Screenshot-3790.jpg

Layari https://invol.co/cl2v7y2
 
Redmi Note 10 Pro 5G Akan Di Lancar Tidak Lama Lagi Dengan Cip Snapdragon 750G

Xiaomi baru-baru ini telah dinobatkan sebagai jenama telefon pintar pertama di Malaysia. Mana tidaknya kalau pelbagai peranti dilancarkan tanpa henti. Siri Mi 11 sahaja sudah ada beberapa variasi, apatah lagi degan Redmi, Poco dan banyak lagi.

Tidak lama lagi, iaitu pada 20 Mei Xiaomi Malaysia akan melancarkan Mi 11i, Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G pula. Memberikan pengguna lebih banyak pilihan dan juga membuatkan pengguna yang baru sahaja membeli model baru marah – kerana ada lagi model yang lebih terkini.


Di pasaran Eropah seperti Itali, Xiaomi turut sedang memfokuskan membina jenama mereka agar lebih kukuh. Misalnya, Mi TV P1 yang baru sahaja dilancarkan. TV ini kelihatan seakan Mi TV 4S untuk pasaran China yang mana turut akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Tidak berhenti di situ, Xiaomi Itali mengacah kehadiran Redmi Note 10 Pro 5G pula.

Peranti ini mungkin adalah variasi Redmi Note 10 paling premium dan paling mahal. Masih tidak jelas lagi apakah spesifikasinya. Tetapi ramai katakan ia akan dijana dengan Snapdragon 750G. Rekaan kelihatan lebih kurang sama, membezakan semua Redmi Note 10 mugkin hanyalah pada warna. Sama-sama kita nantikan.

Redmi-Note-10-Pro-5G-Snapdragon-750G-01.jpg.webp

Sumber asal https://www.oppo.com/cn/smartphones/series-k/k9/
 
Back
Top
Log in Register